Berita mengenai pelakon yang juga Dewi Remaja 2014/15, Raysha Rizrose yang kini selamat bergelar ibu selepas bersalin anak pertamanya mencuri perhatian ramai.
Malah berita gembira yang dimaklumkan Nelydia menerusi hantaran terkininya di Insta Strories, pada Ahad nyata menjadi berita mengujakan buat para peminat setianya.
Ramai Memuji
“Adik kesayangan yang suatu ketika dulu selalu ada di mana saya berada dan sering gaduh bersama, kini sudah dikurniakan bayi.
“Menyambut kedatangan tahun baru dengan pertambahan ahli di dalam keluarga, syukur alhamdulillah atas segala rahmat yang diberikaNya.
“Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini dengan barakah dan kasih-sayang berpanjangan,” kongsi Nelydia menerusi ruangan kapsyen Insta Stories.
Nelydia pada masa sama turut mendoakan yang terbaik buat Raysha, sekali gus percaya Raysha mampu menjadi ibu terbaik buat permata hatinya.
Malah, penampilan Rasya yang baru sahaja melahirkan zuriat turut menerima pujian ramai kerana kekal cantik dan menawan.
Reaksi tersebut boleh dilihat menerusi posting video yang dikongsikan di MH di TikTok. Antaranya;
“Raisha lepas bersalin pun berseri, cantik.”
“Dah bersalin pon cantik. Aku kenapa macam mak lampir…?”
“Lawa Raysha ni. Flawless muka dia. Tak payah mekap dah lawa, suka tengok.”
“Baru lepas bersalin pun lawa.”
“Serious aku lupa dia dah kahwin, by the way congrats. Comel.”
Selain yang memuji, tidak kurang yang menitipkan ucapan tahniah dan selamat berpantang buart Raysha.
Setakat ini, sedutan video berkenaan sudah ditonton hampir 300,000 kali.
Timang Baby Girl
Terdahulu, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, mengumumkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi majlis gender reveal yang diadakan pasangan berkenaan, awal Oktober lalu.
Sekadar informasi, Raysha dan Nabil Jeffri mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Tahniah buat aktres Raysha Rizrose dan suaminya, Nabil Jeffri yang kini selamat timang bayi sulung! Perkara itu dikongsikan kakaknya, Nelydia di IGs hari ini. Major love! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ slow piano music(1297827) – syummacha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI