Jenama produk Charms Cosmetic Skincare (Charms) yang mahu terus menambah baik kualiti produk menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak Jun tahun lalu memilih Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah wakilan atau ‘face off’ bagi produk Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Bashirah Hussin, 38, pemilihan ikon dan aktivis kemanusiaan itu bersesuaian dengan item pelengkap penjagaan wajah berkenaan.
“Seiring dengan imej muslimah dipamerkan Heliza, kita mahu menambah keyakinan pelanggan termasuk dari status halalnya.
“Heliza memikul tanggungjawab berkenaan selama enam bulan sejak Julai lalu. Untuk lebih lanjut boleh ke pautan rasmi kami,” katanya.
Dalam pada itu, Heliza menerusi Instagram turut memuat naik hantaran melalui video sebelum dan selepas dengan menggunakan produk berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilannya yang terlihat lebih segar menawan.
Sementara itu, jenama milik syarikat Fasyeera Empire Sdn Bhd itu menjalankan proses R&D sejak Jun tahun lalu.
Ia diperkasakan dengan kerjasama strategik dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh di Johor dengan membabitkan kos peralatan dan mesin melebihi RM5 juta.
Ads
Nur Bashirah menjelaskan, usaha tersebut dilakukan sebagai jaminan untuk terus menghasilkan produk berkualiti dan halal yang boleh digunakan tanpa was-was.
“Ia seiring dengan tagline kami, Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin. Produk kami sah diuji secara saintifik dan dermatologi. R&D dibuat ke atas produk ini dalam usaha memberikan pengguna nikmat yang efektif, selamat dengan penggunaan kandungan bahan berimpak tinggi.
“Alhamdulillah sejak Khamis lalu juga, kami dalam fasa perbincangan menjadikan makmal UTHMsebagai makmal rasmi Charms.
“Kami berharap kerjasama strategik ini akan menjadi permulaan, penanda aras dan contoh yang baik untuk diri sendiri serta rakan pengusaha produk lain,” kata graduan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ini.
Pada masa sama, R&D juga dilakukan khusus kepada anti penuaan, komposisi bahan kimia dan pengesahan status halal ke atas produk dihasilkan.
Ads
Majlis perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bersama UTHM itu dilakukan Januari lalu.
“Biarpun kos R&D ini bukan calang-calang jumlahnya, tetapi kami tidak boleh berkompromi dalam hal produk yang digunakan pelanggan. Ia seiring dan jelas dengan visi kami terhadap kepuasan pelanggan. Jadi kita buat bersungguh-sungguh.
“Penambahbaikan formula sedia ada atau baharu ini sentiasa menjadi garis panduan untuk kami.
“Proses R&D ini juga melengkapi usaha pengeluar produk seperti saya. Ia harus ada sampel dan mengikuti prosedur betul termasuk ujian pensampelan yang kebanyakannya diuji secara klinikal,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
Jenama beribu pejabat di Pusat Komersil TSB, Shah Alam itu jugasedang menyusun strategi untuk menembusi negara jiran khususnya ke Indonesia sebagai usaha untuk mengembangkan penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa.
Charms yang berada di pasaran sejak 2012 dengan tawaran 10 jenis produk di pasaran itu kini memiliki 13,000 ejen di seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Julia Farhana Marin selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember lalu.
Sambil memanjatkan rasa syukur kerana semua urusan dipermudahkan, Dr Che Hafiz yang berkongsi foto istimewa mereka di Instagram turut memohon maaf kerana hari bahagia dilangsungkan secara tertutup.
“Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT buat semua.. Alhamdulillah sesi Akad Nikah (Ijab Kabul) saya dan juga isteri @juliafarhanamarin telah selesai dan berjalan dengan lancar.
“Disini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan di atas sebab sesi akad nikah ini hanya di hadiri oleh keluarga terdekat kedua2 belah pihak.
“Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatanNya hingga ke jannah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi platform sama, Juliana turut membuat pengumuman istimewa berkenaan.
“Assalamualaikum everyone. I would like to share I am officially a wife to @drchehafiz and these are unofficial photos of our solemnization day with both sides of the family but mostly just the two of us for this announcement.
“We would like to apologize to everyone for the late announcement, to friends, our media friends and everyone who were not aware of our wedding because we wanted a very private gathering with only family members. Our sincerest apologies.
“My husband and I would like to humbly request for everyone’s kind doas as we embark on this journey as a married couple. Thank you everybody,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gaya dan bakat yang dimiliki pelakon, Que Haidar sememangnya tidak perlu disangkal lagi kerana setiap kali hasil lakonannya pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton.
Terbaru, Que ada berkongsi foto di sebalik tabir pengambaran drama terbaru lakonannya, ‘Pencipta Pegang Waktu’.
Ia sebuah telemovie khas yang akan disiarkan sewaktu Hari Raya Aidiladha nanti.
“Terkadang disaat kita rasa hidup kita sempurna sebenarnya kita sedang diuji dengan kesempurnaan itu.
“The making Of ‘Pencipta Pegang Waktu’ telemovie khas Hari Raya Aidiladha di TV3,” tulisnya.
Foto-foto tersebut turut memperlihatkan rambutnya benar-benar dipotong dalam salah satu babak telemovie berkenaan.
Entri tersebut dikongsikan oleh Que menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan perkongsian tersebut malah mereka turut telah meletakkan ekspetasi yang tinggi terhadap hasil akhir telemovie berkenaan.
Selain Que, antara nama besar lain yang turut membintangi telemovie ini adalah Ogy Ahmad Daud, Khir Rahman, Puteri Balqis dan ramai lagi.
Sumber: Instagram The Haidars
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi momen istimewa anak tunggalnya, Fizo Omar menitipkan kesyukuran Wan Maryam mendapat kasih sayang semua pihak di sebalik dugaan yang menimpa dia dan bekas isteri, Mawar Karim.
Walaupun telah berpisah, namun pelakon berusia 35 tahun itu menyatakan hubungannya dengan Mawar masih baik dan kedua-duanya mengambil giliran menjaga Maryam.
Malah, jelas Fizo, tiada insan di dalam dunia ini yang lebih sayangkan si anak berbanding bapa sendiri.
“No one in this world can love a girl more than her father.
“Alhamdulillah Maryam anak yg terpilih, mendapat kasih sayang dari semua pihak.setiap apa yg diatur pasti disertakan dgn hikmah dan kebaikannya,” kongsinya.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...