Penampilan Segar Datin Seri Heliza Curi Perhatian, Jenama Charms Optimis Mahu Tambah Baik Produk Babit Kos Lebih RM5 Juta

Share

Jenama produk Charms Cosmetic Skincare (Charms) yang mahu terus menambah baik kualiti produk menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak Jun tahun lalu memilih Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah wakilan atau ‘face off’ bagi produk Hydra Fresh Tin­ted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Nur Bashirah Hussin, 38, pemilihan ikon dan aktivis kemanusiaan itu bersesuaian dengan item pelengkap penjagaan wajah berkenaan.

“Seiring dengan imej muslimah dipamerkan Heliza, kita mahu menambah keyakinan pelanggan termasuk dari status halalnya.

“Heliza memikul tanggungjawab berkenaan selama enam bulan sejak Julai lalu. Untuk lebih lanjut boleh ke pautan rasmi kami,” katanya.

Dalam pada itu, Heliza menerusi Instagram turut memuat naik hantaran melalui video sebelum dan selepas dengan menggunakan produk berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilannya yang terlihat lebih segar menawan.

Artikel Berkaitan;

Datin Seri Heliza Helmi Tunai Haji; Kami Sekeluarga Mohon Ampun & Maaf Sekiranya…”

“Saya Ketika Itu Sudah Terbabit Dengan Aktiviti NGO,” – Jodoh Sudah Tertulis, Datin Seri Heliza Kongsi Momen Awal Perkenalan Dengan Suami

“Masa Tu Barulah Rasa Berharganya Masa Allah Bagi Kita Berehat,” – Heliza Helmi 

Sementara itu, jenama milik syarikat Fasyeera Empire Sdn Bhd itu menjalankan proses R&D sejak Jun tahun lalu.

Ia diperkasakan dengan kerjasama strategik dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh di Johor dengan membabitkan kos peralatan dan mesin melebihi RM5 juta.

Nur Bashirah menjelaskan, usaha tersebut dilakukan sebagai jaminan untuk terus menghasilkan produk berkualiti dan halal yang boleh digunakan tanpa was-was.

“Ia seiring dengan tagline kami, Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin. Produk kami sah diuji secara saintifik dan dermatologi. R&D dibuat ke atas produk ini dalam usaha memberikan pengguna nikmat yang efektif, selamat dengan penggunaan kandungan bahan berimpak tinggi.

“Alhamdulillah sejak Khamis lalu juga, kami dalam fasa perbincangan menjadikan makmal UTHM  sebagai makmal rasmi Charms.

“Kami berharap kerjasama strategik ini akan menjadi permulaan, penanda aras dan contoh yang baik untuk diri sendiri serta rakan pengusaha produk lain,” kata graduan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ini.

Pada masa sama, R&D juga dilakukan khusus kepada anti penuaan, komposisi bahan kimia dan pengesahan status halal ke atas produk dihasilkan.

Majlis perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bersama UTHM itu dilakukan Januari lalu.

“Biarpun kos R&D ini bukan calang-calang jumlahnya, tetapi kami tidak boleh berkompromi dalam hal produk yang digunakan pelanggan. Ia seiring dan jelas dengan visi kami terhadap kepuasan pelanggan. Jadi kita buat bersungguh-sungguh.

“Penambahbaikan formula sedia ada atau baharu ini sentiasa menjadi garis panduan untuk kami.

“Proses R&D ini juga melengkapi usaha pengeluar produk seperti saya. Ia harus ada sampel dan mengikuti prosedur betul termasuk ujian pensampelan yang kebanyakannya diuji secara klinikal,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Jenama beribu pejabat di Pusat Komersil TSB, Shah Alam itu juga  sedang menyusun strategi untuk menembusi negara jiran khususnya ke Indonesia sebagai usaha untuk mengembangkan penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Charms yang berada di pasaran sejak 2012 dengan tawaran 10 jenis produk di pasaran itu kini memiliki 13,000 ejen di seluruh negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH