Merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Hafidz Roshdi, lelaki berusia 29 tahun ini pernah membintangi drama popular seperti Playboy Itu Suami Aku, Suri Hati Mr. Pilot dan Spanar Jaya X.
IKLAN
Dia juga pernah berkongsi kebolehan bertutur dalam Bahasa Tagalog ketika bercuti di Filipina.
Siapa sangka perniagaan jenama wangian terkenal SugarBomb yang asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil di belakang rumah kini mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan tiga ekar di Meru, Klang.
Jenama milik syarikat SugarBomb Worldwide Sdn Bhd yang diasaskan sejak 2017 itu dan ditunjangi pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli kini sukses melakar jaya.
Ahmad Azhari, 30, atau lebih mesra dengan panggilan Bos A ialah graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronatik di University Of Bristol, United Kingdom (UK), namun memilih cabang perniagaan hingga menjadi saudagar wangian.
“Saya sendiri tidak menyangka susah payah belajar bidang kejuruteraan aeronatik membuka lembaran lain. Hingga menjadi punca rezeki saya dan ramai orang.
“Masa belajar di luar negara pun saya bekerja sambilan sebagai ‘cleaner’ untuk menampung kos sara hidup. Saya cuci tandas, bangunan, ruang legar dan macam macam. Kerja dalam cabang pemandu pelancong pun saya pernah,” katanya.
Namun sejurus tamat pengajian pada tahun 2015, laluan masa depan lelaki bapa kepada dua cahaya mata ini ketika itu masih samar.
“Bayangkan daripada puluhan ‘resume’ yang dihantar, hanya 10 syarikat memanggil saya untuk ditemuduga. Namun semuanya hampa, saya ditolak mentah-mentah kerana tiada pengalaman kerja.
“Dalam kehampaan dan kekecewaan tak terbendung, saya bangkit. Masa itu saya sanggup buat apa saja kerja termasuk menjual kek secara dalam talian dan mengambil upah memandu lori untuk menghantar barang.
“Akhirnya cabang niaga yang lebih menyebelahi saya. Lagipun saya dibesarkan dalam dunia niaga. Kemudian, berjinak-jinak dengan industri minyak wangi dan disertai Dr Muhammad Zamir Othman. Kami belajar di universiti sama di UK,” katanya yang mula membuat penyelidikan dan mencari pembekal bahan bancuhan minyak wangi di UK.
Lalu mereka bawa balik bancuhan itu ke Malaysia dan memulakan pembuatan minyak wangi sendiri.
“Masa itu memang saya tak ada cukup duit untuk menyewa bangunan pejabat. Ceburi perniagaan ini pun hanya bermodalkan RM15,000. Dari 600 botol berkembang sampai ribuan.
“Sekarang, Sugarbomb mampu keluarkan satu hingga tiga juta unit dengan pelbagai rangkaian minyak wangi hingga ke penyegar udara dalam masa sebulan,” katanya.
Kehadiran Zamir umpama melengkapi minat Boss A. Malah pada tahun 2020 fasa awal pandemik, Zamir bersama pasukan kerjanya memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri untuk jenama itu.
“2020 juga lonjakan kami untuk agresif dalam skop pemasaran. Nama jenama itu juga semakin dikenali. Kami ada kilangdan R&D sendiri kerana mempunyai mesin bancuhan minyak wangi.
“Malah selepas kemasukan pasukan kerja Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya ada minyak wangi dan penyegar udara. Sekarang, ada sanitasi tangan, penyegar fabrik, dan sebagainya.
“Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan pelbagai produk wangian. Malah tahun ini juga kami membuka pintu untuk menghasilkan produk-produk yang seangkatan daripada jenama pesaing,” katanya yang kini mempunyai lebih 5,000 pengedar (agen dan stokis) aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Turut alu-alukan ramai lagi yang berminat untuk sama -sama menjana pendapatan. Mereka juga optimis untuk mencapai jualan sehingga RM70 juta dengan sokongan daripada ‘reseller’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lindsay Lohan antara selebriti Hollywood yang berbakat besar dalam bidang lakonan dan juga nyanyian. Sejak kecil lagi dia sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan menjadikan dia antara penghibur yang dinanti-nantikan kemunculannya.
Khabar terbaharu tentang wanita berusia 35 tahun ini, dia baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bader Shammas. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, dia berkata, “Cintaku, hidupku, keluargaku dan masa depanku.”
Bersama hantaran itu disertakan rangkaian gambar yang menunjukkan dia sudahpun memakai sebentuk cincin berlian di jari. Riak wajahnya yang gembira jelas memancarkan kebahagiaan yang dirasai. Menjadikan berita ini lebih sahih, tunangnya dilihat mengulang kicau hantaran berita tentang pertunangan mereka
Lindsay yang kini telah menetap di Dubai lebih tujuh tahun, sebelum ini pernah bertunang dengan jutawan Rusia Egor Tarabasov namun hubungan itu kandas pada tahun 2016.
Cinta hati baharunya, Bader merupakan seorang penolong naib presiden Credit Suisse yang berpangkalan di Dubai.
Walaupun Lindsay kini dilihat memperlahankan kerjaya lakonannya, terbaharu dia dikhabarkan akan muncul dalam filem sempena krismas yang akan disiarkan di saluran Netflix. Di dalam filem tersebut dia akan bergandingan dengan bintang Glee, Chord Overstreet.
Zayn Malik merupakan satu nama besar dalam industri muzik antarabangsa, kejayaan yang diraih bersama kumpulan One Direction menjadi titik tolak kepada taraf bintang dalam dirinya. Apabila dia memilih untuk bergerak secara solo sekalipun, nyanyian dan muziknya tetap menjadi perhatian dan menduduki tempat pertama tangga carta muzik.
Kisah cintanya bersama supermodel terkenal, Gigi Hadid juga menjadi tumpuan apatahlagi mereka memiliki seorang anak perempuan yang dinamakan Khai.
Baru-baru ini dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan tuduhan keganasan yang dilakukan oleh penyanyi kacukan Pakistan-England tersebut. Dia dikatakan mengasari ibu kepada kekasihnya, Yolanda Hadid. Satu laporan polis telah dibuat terhadap penyanyi tersebut dan kes masih dalam siasatan.
Menurut sumber, Zayn menerima pertuduhan itu namun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Pergaduhan itu dikatakan berlaku apabila Yolanda memuatnaik gambar Khai di media sosial. Seperti yang diketahui ramai, penyanyi tersebut sangat menjaga privasi anaknya dan tidak mahu dia menjadi tumpuan ramai dan media.
Ekoran insiden ini, Syarikat rakaman RCA telah menggugurkan pelantun lagu ‘Pillowtalk’ tersebut dari senarai artis naungan mereka.
RCA yang dimiliki oleh Sony Music Entertainment dalam satu kenyataan kepada sumber menyatakan yang ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kehidupan dan kerjaya Zayn ke landasan yang betul, tetapi tiada apa yang berhasil.
Namun bukan syarikat rakaman sahaja yang berpatah arang dengan penyanyi ini, dalam satu laporan lagi, syarikat pengurusannya juga telah memutuskan untuk tidak lagi menjaganya sebagai seorang artis. Sehubungan itu banyak kontrak kerjasama bersama jenama mula menarik diri dari menaja penyanyi berusia 28 tahun itu.