Penampilan Terkini Datin Rebecca Sarat Hamil Anak Keenam, Rai Raya Di Kuching Sama Keluarga Mentua

Share

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi mengenai aktiviti sambutan Syawalnya yang disambut meriah bersama famili sebelah mentua di Sarawak.

Seloroh Rebecca yang sinonim disapa Mummy Becca, dia berharap agar tidak bersalin anak keenamnya ketika masih ligat meraikan lebaran.

“Raya pertama dah, kedua dah, ketiga pun dah. Cepat masa berlalukan. Mummy masih di Kuching Sarawak.

“Uolss semua masih di kampung ke? Apa je activity uolsss lagi? Mummy activity raya keempat, Family Day with family in law.

“Macam macam game disediakan. Doakan jangan terberanak kat sini sudah haha.

“Apa apa pun selamat hari raya maaf zahir batin. Sesiapa yg dah gerak balik, berhati hati sentiasa di jalan raya. Ingat orang tersayang,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya saling teruja dan mendoakan yang baik-baik buatnya yang bakal bersalin tidak lama lagi.

“Best tengok tak over pegang perut macam setengah orang. Selamat hari raya Datin.

“Harap-harap sempat seminggu lagi. Mummy makan puas ouas rendang lemang semua.

“MasyaAllah cantik Mummy Becca.”

“Memang dari mula berlakon dah minat dia. Cantik manja jer orangnya.”

“Sentiasa cantik berseri. Semoga segala urusan dipermudahkan ya.”

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmed Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH