Jaw drop! Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan Kwave Music Festival 3 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam.
Dibarisi oleh grup-grup kpop terkemuka seperti FT Island, Monsta X, EXID, AOA, Jeong Sewoon dan WJSN sememangnya mampu membuatkan para peminat Kpop bangkit daripada kerusi.
Bermula dengan persembahan pembukaan yang comel daripada WJSN, keadaan di stadium mula gamat saat kemunculan AOA di atas pentas dan juga EXID.
Bagaimanapun, persembahan yang memukau tentunya harus diberikan buat Monsta X. Memang ‘jaw-drop’ dibuatnya.
Sepanjang enam buah lagu yang dipersembahkan mereka sememangnya mampu membuatkan mata semua fans terlekat pada tarian mereka.
Dalam pada itu, grup yang dinanti-nantikan peminat adalah persembahan daripada kumpulan FT Island yang menunjukkan kehebatan mereka sebagai idol senior saat menyanyikan enam buah lagu diatas pentas.
Walaupun agak kecewa apabila grup itu tidak menyanyikan lagu popular mereka seeprti Wind dan Severely, namun peminat tetap setia memberikan sokongan mereka. Akan tetapi, kumpulan itu ada menyanyikan lagu seperti Pray dan Summer Night Dream.
Tambahan pula, vokalis grup itu, Lee Hongki turut berjanji akan kembali ke Malaysia untuk konsert solo mereka di sini.
Pada MH, pihak penganjur memilih lokasi yang tepat untuk mengadakan konsert kali ini, banyak interaksi peminat dengan grup kesayangan mereka memandangkan pentas agak dekat dengan para peminat.
Apa-apapun, MH sangat terhibur dengan konsert Kwave ini!