Kadang-kadang kita tak sangka kan siapa jodoh kita? Ada kalanya orang yang kita jumpa tiap-tiap hari dan ada juga individu yang tak dijangka.
Seringkali kita dengar cerita-cerita rakan selebriti yang jumpa jodoh mereka tanpa di sangka ini, ada di kedai makan, kawan kenalkan dan tentu paling best bila bertemu di Mekah.
Baru-baru ini, MH tertarik dengan perkongsian seorang wanita di laman Twitter mengenai ‘terjumpa jodoh’ yang duduk di seat sebelahnya di dalam kapal terbang.
Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Iqa Ismail memuat naik satu bebenang di laman Twitter miliknya meminta bantuan netizen mencari jodohnya.
“Rasanya dah jumpa jodoh sebelah seat dalam flight tadi, dah sampai KLIA baru berborak, tolong angkatkan beg taanp disuruh. Tapi sayang seribu kali sayang, lupa tanya nama.
“Yang pasti kerja bahagian management Jakel Kuala Lumpur, graduate UiTM Shah Alam 2013, tinggal di Shah Alam, menetap di Pasir Tumboh, Kelantan.
“Awak yang dari KB ke KL flight jam 9.30 pagi seat 24D, saya cari anda,” tulisnya.
Fuh! Berani betul wanita ini, demi individu yang dirasakn jodoh, sanggup memuat naik status begitu. MH ‘respect’ lah.
Tweet wanita itu mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Air Asia sendiri yang turut memberikan respon mengenai perkara itu.
“Jangan risau, kalau jodoh tak ke mana,” respon Air Asia.
Dalam pada itu, penangan kuasa viral, lelaki yang dicari Iqa akhirnya memunculkan diri di laman Twitter.
“Ya sayalah yang awak cari. Saya Seat 24D! Kita jumpa hanya sekali tak sangka dah jatuh hati pada diriku ini,” tulisnya.
Wow! adakah ini pengakhiran yang bahagia? cuma MH harap lepas ni tiada ‘tweet’ viral cari orang yang duduk kat sebelah masa zaman tadika dulu ke.
sumber: Twitter