“Penantian Penuh Ujian Tapi Tepat Pada Masanya,” – Syihan Hazmi Pamer Aksi Cemerlang, ‘Sweet’ Ucapan Isteri

Share

Mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pasukan Thailand, nama penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi kini semakin mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.

Malah, ada juga di antara peminat yang merasa Syihan kini sudah layak menjadi pilihan utama untuk mengemudi benteng terakhir pasukan negara.

Perasaan bangga turut diluahkan oleh isterinya, Nabila Syakirin menerusi satu hantaran yanng dikongsikan di ruangan Instagram stories selepas tamat perlawan semalam.

Menurut Nabila, suaminya itu tidak pernah mengalah untuk membuktikan dirinya juga merupakan salah seorang penjaga gol handalan negara.

Katanya lagi, segala usaha keras dan pengorbanan yang dilakukan Syihan kini sudah membuahkan hasil.

“Kun faya kun. Benar janji Allah itu pasti. Seorang yang tak pernah mengalah dan berusaha untuk belajar jadi lebih baik setiap hari. You deserve it sayang,” tulisnya.

Bagaimanapun, dia tidak mahu suaminya itu lena dibuai mimpi sebaliknya teruskan berusaha untuk mengekalkan pretasi cemerlang untuk jangka masa yang lama.

“Terima kasih ya Allah kau angkat doa kami sekeluarga. Penantian yang penuh ujian namun tapi pada masanya. Semoga pretasi daddy kekal dan terus belajar,” kongsinya lagi.

Semalam, Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Thailand di kejohanan Piala Raja Thai menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada waktu sebenar.

Penjaga gol kelahiran Kelantan yang kini bermain untuk pasukan Negeri Sembilan itu telah menyelamatkan sepakan penalti penentuan untuk menang 5-3 segali gus membawa Malaysia ke perlawanan akhir menentang Tajikistan, pada Ahad ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Syakirin

Published by
Aizam Manaf