Baru-baru ini, pelakon Diana Rafar ada memuat naik satu rakaman video ingin membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Zamarul Hisham.
Bagaimanapun, Diana memberitahu kejutan istimewa itu tidak menjadi apabila dirinya pula menerima kejutan daripada suaminya yang kini sudah menjangkau usia 50 tahun.
Di samping meluahkan rasa sayang kepada suami, Diana turut menitipkan ucapan serta doa kepada Zamarul agar sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
“Tau lah dia pelakon… memang pandai baca bila org nk menipu.. penat kita rancang kita yg terkejut tiba2 dia tau , dia siap nyanyi happy birthday dari luar gate…
“anyway papa we love u more and forever ramai syg dia… moga Allah sentiasa lindungi papa dunia akhirat , sihat selamat berjaya … dan paling penting dapat keberkatan dalam apa pun di dunia dan akhirat… Amin ya Allah amin…. Doakan dia ya @zamarulhisham93,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kemesraan pasangan pelakon ini dan mendoakan agar mahligai cinta yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Imbas kembali, Diana mendirikan rumah tangga bersama Zamarul pada 16 Mei 2009 namun telah bercerai pada 15 Januari 2015.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk rujuk kembali dan telah diijab Kabul semula pada 15 Mei 2015.
Setelah hampir 12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Diana Rafar