Pelakon dan pencipta kandungan popular, Steven Wongso, kini sah bergelar seorang mualaf selepas melafazkan dua kalimah syahadah pada petang Ahad lalu, 23 Mac 2025.
Momen penuh haru itu dikongsi menerusi satu hantaran di Instagram oleh pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Felix Siauw, yang membimbing Steven mengucap syahadah.
Difahamkan, majlis ringkas tetapi penuh makna itu berlangsung di pejabat YukNgaji, komuniti Islam yang turut diasaskan oleh Felix.
“Asar di 23 Ramadan ini, alhamdulillah Steven mantap memutuskan untuk menjadi seorang Muslim, bersyahadah di hadapan teman-teman dekatnya,” kongsi Felix di Instagram.
Menurut Felix, Steven sebenarnya telah lama menyatakan hasrat untuk memeluk Islam sejak tahun lalu, namun pertemuan mereka tertangguh kerana kesibukan jadual masing-masing.
Ads
Ramadan kali ini menjadi saksi penyatuan spiritual yang amat bermakna buat Steven.Lebih menarik, Felix turut mendedahkan perbualan mereka menyentuh pelbagai topik daripada kehidupan, cinta hingga ke pencarian makna ketenangan jiwa.
“Kita berbual panjang tentang kehidupan, kekhuatiran, percintaan dan bagaimana agama boleh menjadi jawapan kepada kegalauan dan siksaan mental dalam hidup,” tulisnya lagi.
Ads
Felix juga berkongsi pengalaman peribadinya sewaktu mula mencari hidayah 23 tahun lalu sebelum memeluk Islam pada tahun 2002. Ungkapnya, keresahan yang diluahkan oleh Steven seakan-akan mencerminkan curahan hatinya sendiri ketika itu.
Menariknya dalam perkongsian itu lagi, walaupun baru sahaja melafazkan syahadah, Steven sebenarnya sudah lama mengamalkan gaya hidup Islam seperti tahu cara mengambil wuduk, bersolat dan berpuasa.
Ads
Bintang berusia 26 tahun itu pada awalnya lebih selesa jika proses penghijrahannya ini hanya diketahui oleh orang-orang terdekat. Namun atas restu Steven, Felix berkongsi khabarbaik ini kepada umum agar menjadi inspirasi buat yang lain.
“Supaya ramai yang boleh tulis doa terbaik buat Steven Wongso, yang insya-Allah boleh jadi inspirasi untuk sesiapa yang dah lama dekat dengan Islam tapi masih ragu-ragu,” tambah Felix lagi.
Sedikit info, Steven Wongso mula dikenali menerusi pelbagai kandungan menarik yang dikongsikan di media sosial.Dia kemudiannya menceburi dunia lakonan dengan membintangi filem komedi muzikal bartajuk Star Syndrom yang diterbitkan pada 2023.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof susulan konflik yang berlaku di dalam rumah tangganya.
Meski Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengan isteri pertamanya itu, namun Puteri Sarah menerusi Harian Metro menyifatkan mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.
“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya.
Terdahulu, di dalam temubual eksklusif di dalam akhbar sama, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Syamsul pada masa sama turut memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertandingan yang sudah wujud lebih 31 tahun sejak 1990 ini sudah banyak melahirkan anak seni berbakat di Malaysia. Nama seperti Syafiq Kyle, Fattah Amin, Kamal Adli, Azhar Sulaiman dan Norman Hakim antara bakat yang dicungkil dari pertandingan ini.
Seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan sosial media, kini pertandingan pencarian bakat bukanlah satu-satunya cara untuk menonjolkan diri. Menjadi popular di sosial media seolah-olah satu platform mudah untuk dikenali.
Sehingga ada yang menyatakan bahawa pertandingan seperti ini sudah tidak relevan. Menjawab isu ini, Media Hiburan sempat bertemu dengan Datuk Rosyam Nor ketika penggambaran episod separuh akhir pertandingan itu.
“Sebenarnya kalau orang yang meminati dunia seni itu sendiri dan menjadi pelakon khasnya, mereka nampak bahawa platform Hero remaja adalah platform terbaik. Begitu juga jika kita lihat Dewi Remaja.
Daripada majalah remaja itu sendiri, banyak melahirkan bintang-bintang di Malaysia. Dan saya rasa platform ini harus dikekalkan kerana inilah salah satu cara mereka mengekspresi apa yang mereka ada untuk menceburi bidang hiburan,” jawabnya ringkas.
Top 4 Hero Remaja 2021. Dari Kiri, Aqil Taqee, Fazziq Muqris, Mierul Aiman & Afiq Hamidon.
EMPAT FINALIS SAHAJA
Tahun ini menyaksikan hanya empat orang finalis sahaja yang berada di pentas akhir, berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana pentas akhir menampilkan lima orang finalis.
Jawabnya, “Empat orang yang kami pilih merupakan orang yang kita rasakan layak untuk perform di atas pentas secara langsung. Kita mengambil kira prestasi mereka daripada minggu pertama sampai sekarang. Empat nama ini dipilih dan kita merasakan mereka layak untuk perform.”
Menekankan kelainan yang akan bakal ada pada malam finale, pemilik rumah produksi Suhan Movies ini menyambung lagi, “Bukan yang lain tu tak boleh, tetapi kita tahu finale secara langsung bukan satu kerja yang mudah. Saya harap mereka dapat buat yang terbaik untuk menunjukkan kepada orang-orang di luar sana bahawa pemilihan juri dan produksi adalah tepat dan akan melahirkan bintang-bintang yang hebat bukan hanya mereka yang berada di pentas final, tetapi mereka yang sudah terkeluar awal juga sudah layak menjadi bintang di Malaysia.”
Kaka Azraff, Stacy & Aman Ra akan turut memeriahkan pentas Finale Hero remaja.
Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirai pertandingan malam ini. Episod terakhir rancangan realiti tersebut bakal disiarkan pada jam 9 malam di saluran Astro Ria. Malam finale ini akan dihoskan oleh juara Dewi Remaja 2019 dan Juara Hero Remaja 2020, Shaza Bae dan Nadhir Nasar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!