Penyanyi, Sissy Iman akui sangat memahami apa yang dirasai oleh penyanyi senior, Azharina yang menitiskan air mata saat memerima komen para juri yang kurang berpuas hati dengan nyanyiannya di konsert minggu ketiga All Star Gegar Vaganza malam tadi.
Menurut Sissy, sesetengah penyanyi akan mudah berasa kecewa kerana merasakan diri mereka telah menghampakan para guru yang telah banyak memberikan tunjuk ajar.
“Saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi di Gegar Vaganza semalam tapi ternampak video tadi. Bila Kak Nina nangis, saya terus boleh kaitkan dengan diri sendiri.
“Inilah yang orang tak tahu sebenarnya. Tak semua orang faham bila kita nampak sedih selepas buat persembahan, bukan semua disebabkan apa yang dikomen sangat.
“Tetapi sebab rasa sedih dah kecewakan guru-guru kita yang kadang bersengkang mata bantu kita supaya kita tampilkan yang sehabis baik. Kita jadi hiba atas kekhilafan diri kita di atas pentas,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan penyanyi lagu Mungkin Kamu itu di Instagram Stories selepas menonton video temuramah Azharina yang dikongsikan di Instagram Media Hiburan pada Ahad.
Ads
Jelas Sissy lagi, setiap penyanyi sudah pasti ingin membuat yang terbaik namum, tidak semuanya akan berjalan seperi yang diharapkan.
“Tapi itu tidak membuatkan kami sebagai seorang yang lemah. Tidak sama sekali. Pastinya pendapat juri perlu dihormati, tetapi segala yang berlaku di atas pentas bukanlah semberono.
“Sebagai penghibur, setiap tindakan kita di atas pentas lagi-lagi bila pertandingan seperti ini, pastinya datang dengan prep work yang teliti,” katanya lagi.
Ads
Pada masa sama, Sissy turut menyifatkan ada kalanya penerimaan para juri dan penonton agak berbeza dengan apa yang diharapkan oleh penyanyi.
“Apapun, kita kena tahu yang muzik adalah sangat subjektif. Interpretasi setiap performer adalah berbeza. Pendapat orang yang mendengar juga berbeza-beza.
“Saya pasti Kak Azharina sudah buat yang sehabis baik. Respek,” akhirnya.
Sebelum ini, Sissy pernah berhadapan dengan situasi mengalirkan air mata ketika menyertai program nyanyian, Famili Duo.
Ads
Pada ketika itu, Sissy dan rakan duetnya, Naim Daniel telah menerima kritikan pedas daripada juri, Mas Idayu yang kurang berpuas hati dengan persembahan duo tersebut ketika membawakan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini.
Hal tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan kontroversi diantara Sissy dan Mas Idayu.
Bagaimanapun, hubungan mereka dilihat kembali jernih selepas mereka digandingkan sebagai antara pasangan penyampai trofi di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang lalu.
Komposer dan penulis lagu terkenal, Ajai tidak pernah meragui kemampuan penyanyi Hafiz Suip seterusnya mengundang penyanyi tersebut ke ‘Konsert ByAjai & Mega Friends’ baru-baru ini.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, Hafiz sentiasa memberikan komitmen yang tinggi meskipun kini sudah menetap di Kuala Lumpur.
“Saya kenal Hafiz sebagai seorang yang profesional ketika bekerja walaupun ditimpa pelbagai masalah. Dia sentiasa bertanggungjab dan berikan komitmen yang tinggi.
“Ketika sesi latihan, dia sanggup terbang ke Kuala Lumpur dan keesokkannya dia pulang semula ke Sarawak,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ajai turut memaklumkan dirinya bersedia untuk membantu Hafiz memulakan semula perjalanan sebagai penyanyi selepas memutuskan untuk berehat sebelum ini.
“Sudah tentu saya akan bantu dia. Pintu sentiasa terbuka. Saya tak pernah paksa mereka untuk menyanyikan lagu ciptaan saya sahaja.
“Ada kalanya, mereka mahu cuba satu kelainan dengan komposer lain. Namun, bila mereka sudah mencuba tapi tidak kesampaian dengan kehendak hati, mereka boleh kembali kepada saya. Saya tidak akan berkira,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai pemilihan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz pada konsert tersebut, Ajai mendedahkan lagu Ku Akui dan Sesal Separuh Nyawa mempunyai maksud yang sangat mendalam.
“Lagu-lagu ini saya sudah ciptakan lama. Ia menceritakan mengenai orang-orang yang bekerja keras dan kadang-kala lupa untuk meluangkan masa dengan orang tersayang. Rasanya semua orang lalui situasi itu.
“Lirik-lirik saya ini bersifat universal. Tunggu hari sahaja dan lagu itu boleh kena dengan kehidupan kita.
“Hafiz merupakan seorang penyanyi yang menghayati lirik itu dalam-dalam,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ajai akui teruja kerana dapat membawa Illa Sabri bersama di atas pentas namun, usaha mencari Erima pula gagal.
“Illa Sabri dipanggil kerana permintaan yang tinggi daripada peminat. Saya dengar suara mereka. Namun, untuk lagu Pelita Di Bawah Bulan Purnama, saya tak dapat nak mencari Erima.
“Usaha itu ada tapi tak jumpa. Kalau tak silap saya, dia tinggal di Sarawak. Mungkin saya akan panggil dia pada konsert-konsert akan datang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biarpun cadangan memalukan ini berlaku lebih 5 tahun lalu, namun hantaran yang dibuat pengarah filem Telugu, Daniel Shravan kembali menjadi tular di media sosial berikutan kes rogol dan bunuh seorang doktor pelatih di India baru- baru ini.
Peristiwa malang yang menimpa doktor pelatih berusia 31 tahun ini menyamai kes yang terjadi kepada doktor haiwan, Priyanka Reddy yang meninggal dunia atas sebab yang sama pada tahun 2019.
Berikutan kes itu Daniel Shravan memberikan saranan yang cukup menjengkelkan kepada kerajaan India dan juga wanita.
“Kerajaan patut menggalakkan undang-undang skim rogol tanpa keganasan (tiada pembunuhan selepas rogol. Wanita berusia 18 tahun ke atas patut diajar tentang rogol. Hanya dengan ini perkara tidak diingini tidak akan terjadi.
“Terutamanya wanita India harus faham tentang pendidikan seks, bawa kondom dan dental dam. Logik ringkas, bila kehendak seksual dipenuhi lelaki tidak akan membunuh.
“Kerajaan harus meluluskan undang-undang seperti ini untuk mengawal kematian selepas rogol,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial yang kemudian telah dipadamkan.
Dikecam hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat, menurut laporan media tempatan Daniel Shravan kemudiannya memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya.
“Saya ingin menulis permohonan maaf kerana menyiarkan komen yang tidak masuk akal mengenai isu sosial yang sensitif dan menyesal menyiarkannya dan tidak akan mengulanginya.
“Saya menulis dialog tersebut sebagai sebahagian daripada watak filem ( Villian ) yang saya akan saya arahkan yang disalah erti oleh penonton. Saya minta maaf kerana itu bukan Pendapat saya. Saya mohon maaf atas salah faham ini,” ujarnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon remaja, Mia Sara ada memberikan pandangannya mengenai kecintaan melampau segelintir peminat muzik K-Pop masa kini.
Menurutnya, walaupun andai ada yang meminati sesebuah kumpulan itu, ia tidak bermakna kalian mempunyai hak untuk tidak menghormati kumpulan-kumpulan lain.
k-pop doesnt mean BTS no hate tho im an army and pls learn to respect other group stop saying "bts is better" "why Got7 bts is more popular" and more. pic.twitter.com/JwCE7my7Jo
“K-pop tak semestinya BTS. Bukan membenci, saya juga merupakan seorang ARMY (peminat kumpulan BTS) dan tolong belajar hormat kumpulan lain juga.
“Berhentilah untuk berkata ‘BTS lagi bagus’ ‘kenapa Got7, BTS lagi popular’ dan macam-macam lagi,” tulisnya.
Mia berkata demikian selepas ada segelintir pihak yang terlalu suka membandingkan dua kumpulan K-pop popular iaitu BTS dan GOT7 sehingga menimbulkan perbalahan antara satu sama lain.
Peringatan tersebut dikongsikan pelakon filem Papa I Love You itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Malah, Mia turut berkongsi beberapa barangan koleksi peribadi grup GOT7 miliknya bersama peminat di ruangan Twitter.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan respon yang pelbagai berhubung kenyataan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Mia juga dilihat aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kemanusiaan.
Malah, juga merupakan antara salah seorang duta bagi Persatuan Aman Palestine Malaysia.
Sumber: Twitter Mia Sara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Justin Bieber akhirnya tampil bersuara dan mendedahkan sisi dirinya yang sebenar menerusi beberapa perkongsian jujur di akaun Instagramnya.Suami kepada Hailey Bieber ini mengakui bahawa...