“Pendarahan Melampau,”- Mahu Rahsia Isteri Sedang Hamil Kembar, Tapi Lain Pula Yang Jadi Pada Isteri Aliff Syukri

Share

Usahawan dan penyanyi,Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa isterinya, Datin Seri Nur Shahida kini terlantar di hospital.

Perkara itu dikongsikan Aliff di Instagrammya.

“Pendarahan yg melampau… doakan kandungan isteri saya selama..???

Dugaan 2 ramadhan

“Sy sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu ..

“Berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa

?….

“Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan?doa kalian amat saya hargai,” tulisnya.

Video tersebut memaparkan Aliff sedang menyuap maknan kepada isterinya,sementara anak-anaknnya menikmati juadah berbuka puasa di bilik yang sama ditemani pembantunya.

Lalu,netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.

Terdahulu, Aliff meluahkan rasa kecewanya apabila isu merotan anak perempuannya, Qadejah hangat diperkatakan.

Video : IG Aliff