Nampaknya tindakan Neelofa berkongsi sebuah video perjalanannya ke Los Angeles di Instagram menjadi perbualan hanggat oleh netizen.
Bukan sahaja dipuji kerana berpenampilan stylo sepanjang perjalanan, tempat duduk Neelofa di dalam penerbangan Emirates juga menjadi topik hangat di kalangan mereka.
Jika dilihat di dalam video tersebut, Neelofa telah memilih untuk duduk di First Class Level dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan serta kelengkapan yang mewah.
Seperti yang semua tahu, Emirates merupakan salah satu syarikat penerbangan mewah terkenal di seluruh dunia. Bukan sahaja memiliki kemudahan yang selesa malah mereka juga akan melayan sesiapa sahaja yang mengguna khidmat penerbangan ini sebagai ‘tuan puteri’.
Keadaan ini telah menyebabkan ramai netizen mula mengagumi usahawan muda ini serta cemburu dengan tuah yang dimilikinya.
Ingin tahu berapa harga tempat duduk tersebut, ada sesetengah netizen yang mula membuka website penerbangan Emirates dan membongkar berapa kos penerbangan yang sama seperti Neelofa.
Menurut laman web terbabit rata-rata penerbangan ke L.A menelan kos daripada RM37,212 sehingga mencecah RM39,000 ke atas. Namun bagi MH Online ia bukanlah sesuatu yang pelik dan mustahil buat individu berjaya seperti Neelofa. Jom lihat beberapa kemudahan yang telah di sediakan oleh syarikat penerbangan Emirates untuk pemegang tiket First Class.
Waaaaahhhhhhh kalau benarlah apa yang dirisik oleh para netizen, MH Online juga cemburu dengan tuah yang memihak padanya. Apa pun kami turut rasakan Neelofa layak untuk terima semua ini.