Penerbit Ayu Puteh Minta Tolong Cari ‘Maid’ Cabut Lari; “Buat-Buat Buang Sampah, Pintar…”

Share

Penerbit drama dan filem, Datuk Ayu Puteh memohon bantuan ramai untuk mengesan pembantu rumahnya yang didakwa telah melarikan diri.

Datuk Ayu atau nama sebenarnya, Normashayu Puteh mendakwa, wanita yang dikenali sebagai Murniati itu dikatakan ‘berlakon’ untuk membuang sampah sebelum bertindak lolos dari kediaman majikan.

“Pembantu rumah lari, Murniati dari Medan (Indonesia). Buat-buat buang sampah. 1 bungkusan sampah dan satu bungkusan bajunya. Pintar…

“Mohon polis atau kawan-kawan segera hubungi saya sekiranya ternampak pembantu inu.

“Siapa-siapa yang melindungi atau menyimpan atau membantu pelarian pembantu rumah saya ini, saya akan ambil tindakan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen 

di Instgaram.

Dalam pada itu, Datuk Ayu turut memuat naik perkara sama di Insta stories.


Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH