Allahyarham merupakan penerbit kepada syarikat Da Motion Media dan pernah menerbitkan filem seram, Jodoh Syaitan yang dilakonkan Soffi Jikan, Aprena Manrose dan ramai lagi.
Ads
Berita kematiannya turut disahkan di laman rasmi syarikat berkenaan.
Satu video yang dikongsikan pelakon Shakilla Khoriri mencuri perhatian netizen yang menyatakan rasa seram apabila dia berkongsi tingkah anak perempuannya, Ameena Sofea yang menunjukkan ke arah ‘sesuatu’, dikatakan sebagai ‘rakan’ secara spontan.
Situasi itu dirakam ketika mereka mengisi masa bercuti di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Shakilla, dia bertanya kepada Ameena siapa yang dimarahinya, lalu Ameena menjawab dia memarahi ‘kawannya’ sambil menunjukkan tangan ke arah satu sudut dalam bilik hotel yang didiami.
Bagaimanapun apa yang menyeramkan, bahagian sudut yang ditunjukkan Ameena tidak kelihatan apa-apa figura pun.
Malah Ameena turut mengajak ‘kawannya’ yang dipanggil sebagai ‘Comot’ untuk keluar meninggalkan bilik berkenaan.
Shakilla menerusi ruangan kapsyen mengakui hanya perasan mengenai hal itu selepas melihat semula rakaman video berkenaan sewaktu sudah pulang ke rumah.
“Nasib baik dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulak dekat sana. Kus semanggat mak kau nak…,” tulis Shakilla.
Meninjau ke ruangan komen, ada di antara pengguna TikTok yang menasihatkan Shakilla untuk membawa anaknya itu berjumpa dengan Ustaz bagi mendapatkan rawatan.
“Anak saya pun pernah macam ni dulu. Cepat-cepat bawa jumpa Ustazah, baca-baca. Anak saya siap nangis teresak-esak sebab dia kata ada kakak nak bunuh ibu.”
“Kena bawa anak jumpa Ustaz atau orang pandai sebelum jadi tak boleh berpisah, payah nanti.”
“Nasib baik dia tak nangis. Alamak baik pujuk terus pergi jumpa Ustaz.”
Baru-baru ini, aktres Fasha Sandha berkesempatan isi masa bersama adik tersayang yang juga pelakon Elisya Sandha bagi meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-23.
Turut sama meraikan momen indah itu termasuk suami Elisya, Uzair Haqimy Azman dan Fasha sekeluarga.
Menerusi Instagram, bintang drama bersiri Dendam Seorang Isteri ini memuat naik video serta foto mereka sebagai kenangan bersama lampiran gambar lama.
“Dear sister, I’m not perfect. I’ll annoy you, but you’ll never find someone who loves you as much as I do.
“Happy birthday to my little sister. Welcome to motherhood May Allah ease everything.
“Jom Kesayanganku kita sama-sama doakan agar adik saya diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu di hari lahirnya @elisyasandhaofficial
“Thank you @itsaidilaziz for the birthday dinner treat,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya menitipkan ucapan selamat hari jadi di samping mendoakan urusan bersalin Elisya dipermudahkan.
Malah Elisya juga ada meninggalkan komen dengan berterima kasih atas keraian yang dilakukan.
Terdahulu, Elisya mendirikan rumah tangga bersama Uzair yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly pada 21 0gos tahun lalu dan kini mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair.
Genap setahun pemergiaan pelakon dan model asal Malaysia itu, Bunga (BCL) menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, ada menitip kata indah buat insan istimewa yang telah pergi selamanya.
Sambil menzahirkan rasa rindu, bintang ini turut reda atas apa yang telah tertulis.
“Hey Daddy, its been a year since you’re gone. Today, we just want to tell you that it had not been an easy year for us, but we r okay.
“We r coping. So, dont worry about us. Have a wonderful life there. We miss u,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut tersentuh melihat foto yang dikongsi, seterusnya meninggalkan kata semangat agar penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu terus kuat dan tabah.
Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi filem Gol & Gincu di negara ini itu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Ashraf meninggalkan seorang balu bersama seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 11 tahun.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Adira Shuhaimi, 33, menafikan dakwaan dirinya pernah dicakar dan diterajang oleh bekas madunya, Sharifah Norshafila Hashim, dalam satu insiden di kediaman wanita itu,...