“Penerbit Drama Nama Besar Tapi Bab Soal Bayaran Bagi Kecil,” – Syed Ali

Share

Meluahkan rasa ketidakpuasan hati di atas sikap segelintir produser yang bersikap tidak adil dalam soal bayaran, pelakon Syed Ali menerusi Instagram menyelar tindakan berkenaan.

Jelasnya lagi, ada penerbit di Malaysia gemar mengambil kroni dalam drama yang diterbitkan.

Penerbit drama nama besar tapi bab soal bayaran bagi kecil.

“Lepas itu minta itu ini. Lepas itu ambil pelakon kroni hang. Lepas tu artis-artis yang kau suka buat perangai!

“Attitude! Eh! Macam sampah kitaran semula pula. Jom kitar semula,” kongsinya.

Ko banyak duit sebab ko pandai potong itu potong ini. lepas tu yang lain tak dapatlah bayar hutang.

“Hoii artis2 malaysia.. pergi ko buat bisness sana! at least korang tau macam mana nak kumpul duit pastu dah banyak duit korang pulak jadi producer!” kongsinya lagi.

Pelakon ini juga turut berkongsi kisah di ruangan komen mengatakan tawaran yang diberi telah ditarik gara-gara soal bayaran yang didakwa tidak berbaloi.

Foto : Instagram Syed Ali

Published by
Noraini Abd Wahab