Penerbit, Pengarah dan pelakon, Dato’ Haris Embong, 47, kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), di Universiti Utara Malaysia melalui Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA).

Haris yang juga usahawan produk sejuk beku itu menyifatkan keputusan tersebut sebagai mencerminkan aspirasi peribadi selain optimis mahu menjadi anak seni yang berilmu.

Ilmu Jadi Pelengkap

Menurutnya dalam dunia seni, bakat dan kreativiti sering menjadi fokus utama. Namun, pendidikan sebenarnya adalah elemen pelengkap dalam memperluaskan perspektif serta mempertingkatkan daya saing seseorang artis.

Pengajian di peringkat PhD bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi satu langkah strategik untuk membawa industri kreatif dan seni Malaysia ke tahap lebih tinggi serta mengubah persepsi anak seni hanya sekadar anak seni, tanpa ilmu yang boleh dibanggakan.

Pada masa sama, dia juga ingin buktikan anak seni perlu berilmu sekali gus hapuskan stereotaip lapuk.

Ads

“Saya kecewa apabila ramai selebriti muda menolak pendidikan. Perlu diingat, tidak selamanya kita akan menjadi selebriti.

“Hidup ini seperti roda, ada kala di atas, ada kala di bawah. Sekurang-kurangnya dengan ilmu, apabila diri tidak lagi menjadi bualan di mulut peminat, boleh menceburkan diri dalam kerjaya lain.

“Justeru itu, walaupun sudah di usia ini, saya tetap mencari ilmu. Bukan sekadar ilmu seni tetapi juga mengenai pengurusan, pemasaran dan penjenamaan,” katanya.

Penerbit & Pelakon Haris Embong Sambung PhD Pada Usia 47 Tahun, Mahu Jadi Anak Seni Berilmu Penerbit & Pelakon Haris Embong Sambung PhD Pada Usia 47 Tahun, Mahu Jadi Anak Seni Berilmu Penerbit & Pelakon Haris Embong Sambung PhD Pada Usia 47 Tahun, Mahu Jadi Anak Seni Berilmu

Ads

Peluang Terbuka Luas Jika Berilmu

Haris turut berpendapat, pendidikan yang baik mampu memberi kredibiliti kepada golongan artis sebagai duta seni dan budaya Malaysia di peringkat yang lebih tinggi.

“Artis yang berpendidikan tinggi sering diberi peluang untuk menyertai persidangan, festival, dan pameran seni global. Ini membuka ruang untuk Malaysia dikenali sebagai hub seni bertaraf dunia.

“Pendidikan membantu artis memahami trend global dan teknologi terkini, menghasilkan karya seni yang mampu menyaingi produksi antarabangsa.

“Dengan lebih ramai artis berpendidikan tinggi, Malaysia dapat menunjukkan kepada dunia bahawa seni di negara ini bukan sekadar hiburan tetapi satu bentuk intelektualisme yang dihormati,” katanya lagi.

Ads

Mengakui betapa penting impak pendidikan kepada industri seni Malaysia, ia juga membolehkan artis untuk menghasilkan karya yang memenuhi cita rasa antarabangsa sambil mengekalkan elemen budaya tempatan.

“Pendidikan tinggi dalam seni dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berbakat tetapi juga berpengetahuan luas.

“Mereka ini mampu memperkasakan seni Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada naratif global,” katanya.

Haris juga percaya seni Malaysia berpotensi menjadi duta budaya yang mampu menjulang nama negara, membuka peluang baru di peringkat antarabangsa seterusnya memberi kesan positif kepada ekonomi kreatif negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI