Bapa penerbit dan pelakon Sharifah Shahora, Syed Akil Syed Alwee meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi.
Berita mengenai pemergiaan Allahyarham dimaklumkan Shahora menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini.
“Assalamualaikum, kepada kaum kerabat, sahabat handai yang mengenali abah saya Syed Akil Syed Alwee, beliau telah kembali kepadaNya pukul 4 ptg tadi di Shah Alam.
“Mungkin ada yg kami tak dapat bagitahu semua buat masa ini. Diharapkan dapat doakan Allahyarham abah saya di letak ditempat orang yang beriman,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkara sama turut dikongsikan Shahora di Insta Stories.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan al-Fatihah serta ucapan takziah atas pemergiaan arwah bapa tercinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.