Perkongsian isu kekeluargaan penyanyi senior, Noorshila Amin menerusi program Gegar Vaganza 6 (GV6), memberi inspirasi buat ramai orang untuk lebih menghargai keluarga dan adik-beradik.
Malah, pendedahannya itu sebolehnya boleh menjadi pengajaran yang boleh dimanfaatkan.
Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Noorshila yang sinonim disapa Mama mengakui sudah lama terdetik rasa rindu untuk kembali berada dalam satu institusi kekeluargaan yang harmoni seperti sebelum ini.
“Pengajarannya di sini, walau anda rasa sangat hebat, orang kata macam kaya berbanding adik-beradik yang lain, tapi kekeluargaan itu anda akan rindu.
“Meski rasa macam tidak mengapalah aku ada suami dan anak-anak. Itu yang saya buat dulu. Tapi jauh di sudut hati, saya rindui mereka.
“Itulah momen yang sangat tenang. Selama 20 tahun saya simpan, hanya dalam beberapa saat… Saya rindu sangat pelukannya. Kepada semua, kembalilah kepada keluarga anda,” katanya kepada MH.
Ads
Noorshila pada masa sama turut memberi peringatan agar menghargai dan menjaga ibu dengan sebaiknya.
“Saya tahu masing-masing ada ego. Akan tetapi ia akan terdetik rasa rindu pada hati. Sebabnya, ia sangat peribadi. Apa pun, kalau ada ibu jagalah dia.
“Kepada anak lelaki, ibu adalah keutamaan. Bukan isteri anda. Ibu hingga ke hujung nyawa. Dahulukan ibu.
Ads
“Allah sudah berjanji, kalau ibu yang anda angkat insyaAllah rezeki akan melimpah kepada kita semua,” jelasnya.
Ditanya siapakah yang memulakan usaha untuk berbaik, Noorshila akui sebagai adik, dia terlebih dahulu cuba menjernihkan situasi.
“Sudah tentulah saya, dia abang saya. Malah saya sendiri tidak sangka kalau nak diikutkan sudah 20 tahun.
Ads
“Sebab itulah saya peluknya dan dia beritahu saya, ia raya yang sangat bermakna baginya,” akui Noorshila yang turut mengakui masing-masing perlu mengucapkan maaf andai ada khilaf.
Terdahulu, bintang ini ditemui media pada sidang media GV6 yang turut menyaksikan namanya dan Wann diumumkan sebagai peserta tersingkir dalam saingan separuh akhir program hiburan berkenaan.
Ikuti temu bual penuh mengenainya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilannya yang berhijab membuatkan ramai yang tertarik dengan keayuan dimiliki Emma Maembong.
Bagaimanapun, Emma baru-baru ini telah mendapat teguran dari netizen apabila seluar yang dipakai dikatakan tidak selari dengan imej seorang wanita muslimah.
Artis versatil, Alif Satar mengakui bahawa setiap rumah tangga pasti ada turun naiknya.
Bagaimanapun, pengacara Big Stage itu memaklumkan dia perlu bijak mengatasi setiap masalah yang dihadapi dengan cara yang matang dan profesional.
“Kita kena sama-sama bahagia dan kongsikan kebahagian bersama. Setiap pasangan perlu sokong antara satu sama lain dari segi mental, fizikal dan spiritual. Itu merupakan kunci kejayaan sebuah perkahwinan.
“Komunikasi juga adalah perkara penting dalam setiap perhubungan kerana dari situ pasangan masing-masing tahu tahap ego sendiri. Sebaiknya biarlah mengaku kalah sebelum perkara yang tak diingini berlaku,” kata Alif menerusi perkongsian video Zayan My.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sesungguhnya ini pernah berdepan dengan dugaan dan isteri, Sha Dila Halid sebagai penguat semangat.
“Bila saya jatuh, dia (isteri) yang akan bantu saya dan beri semangat kepada saya untuk teruskan perkara seperti biasa.
“Pengorbanan paling besar sekali adalah ketika menjaga anak-anak di rumah. Tambahan pula setiap ibu bapa bekerja, balik rumah kena jaga anak-anak.
“Bagi saya ,ada satu penghargaan atau penghormatan kepada para ibu di luar sana yang bekerja atau tidak dan menjaga satu unit keluarga. Itu bukanlah perkara yang senang kerana anak-anak ada karenah masing-masing,” kata Alif yang telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pada September 2014.
Akui Alif, setiap pasangan suami isteri perlu banyak meluangkan masa bersama agar hubungan erat terjalin mesra.
“Telefon bimbit boleh letak jauh-jauh. Suami isteri perlu duduk setempat, walaupun tak bersembang tapi duduk tengok TV bersama, membaca dan banyak lakukan aktiviti bersama. Itu yang akan menjalinkan hubungan antara satu sama lain
“Perkara paling penting dalam rumah adalah meja makan. Sekurang-kurangnya sehari sekali kena makan sama-sama; sarapan, makan tengah hari dan makan malam sebab bila makan, kita kongsi dan makan bersama,” kongsi Alif yang dikurniakan dua orang anak iaitu Ariana Mecca dan Alisha Anugerah.
Video : Zayan My
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sean Ghazi yang memainkan watak lelaki gay dalam filem Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah berharap karakternya itu tidak akan disensasikan oleh mana-mana pihak.
Sebaliknya, Sean atau nama sebenarnya, Sean William Ghazi, 53, berharap penonton bersikap terbuka kerana setiap karakter yang diwujudkan memiliki mesej yang ingin disampaikan menerusi sesuatu naskhah tersebut.
“Sebagai pelakon, sudah menjadi tugas saya untuk menghormati sesuatu penulisan, skrip dan karakter yang saya bawakan.
“Filem ini menceritakan tentang keluarga dan juga negara Malaysia. Bagi saya, Malaysia adalah sebuah keluarga moden.
“Dalam sesebuah keluarga, tak semua orang akan memiliki pandangan dan kecenderungan yang sama. Saya harap orang dapat menontonnya dengan minda yang terbuka,” katanya ketika ditemui MH pada majlis sidang media dan tayangan filem Split Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sean juga berkata dia sudah bersedia dengan pelbagai komentar yang akan diberikan terhadap wataknya itu.
“Saya bersedia sekiranya ada komen yang kurang enak didengar… cuma harapnya tidak adalah yang terlalu kejam,” katanya.
Split Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Jun ini diarahkan oleh Datuk Zahim Albakri.
Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah menceritakan tentang seorang bapa yang tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Dia mengundang lima anaknya untuk makan malam terakhir bersama bagi berbual tentang rahsia yang masih membelenggu keluarga mereka. Namun kerana kesibukan, empat orang anaknya tidak menemuinya malam itu.
Turut menjayakan filem ini ialah Datuk Rahim Razali, Naa Murad, Bernice Chauly, Juliana Ibrahim, Melissa Saila, Sabrina Hassan, Diana Danielle dan Ida Nerina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sean Ghazi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Adira Shuhaimi, 33, menafikan dakwaan dirinya pernah dicakar dan diterajang oleh bekas madunya, Sharifah Norshafila Hashim, dalam satu insiden di kediaman wanita itu,...