Pelakon dan penyanyi Fathia Latiff mengakui bahawa dia kini lebih matang dalam industri hiburan tanah tempatan.

Jelas pemilik nama penuh Nur Fathia binti Latiff atau nama pentasnya Fathia Latiff ketika ditemui di Rumah Terbuka Indigital di The Port, Damansara, ini, bintang cantik ini mengakui bahawa dia tidak terlalu serius dalam industri seni sebelum ini.

“Sebelum  ini saya tidak terlalu serius dalam industri seni, tetapi masyarakat di luar sana masih lagi menyanyangi saya dan memberikan sokongan kepada saya untuk terus maju dalam industri hiburan tanah air,” kata Fathia.

Pada masa sama, Fathia juga akan melancarkan lagunya sendiri berjudul Jika Aku Tahu.

Sudah 10 tahun dalam industri seni, Fathia kini mahu lebih fokus dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

IKLAN

“Sebelum ini mungkin saya tidak matang, kini saya lebih menghormati orang lain, kerjaya sendiri dan akan lebih serius dalam apa yang saya buat sekarang ini.

“Apabila saya buat comeback seperti ini, mereka nampak gembira dan teruja dengan lagu terbaru saya ini,” kongsi Fathia jujur. 

IKLAN

Katanya lagi, dia amat terharu apabila masih ada lagi masyarakat yang masih menyanyangi dirinya dan mahu bintang itu bergiat aktif kembali.

“Apabila saya ‘menghilang’ seketika dari industri hiburan ini, masyarakat di luar sana tertanya-tanya dan mencari saya.

IKLAN

“Apa yang lebih membuatkan saya terharu apabila mereka mencari saya.

“Secara tidak langsung, saya rasa bersyukur dan tidak sangka masih rasa disayangi.

“Pengalaman saya terdahulu dengan netizen membuatkan saya lebih matang dan berhati-hati,” kata Fathia yang mahu lebih fokus dalam kerjaya dari segala-galanya.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/357304074959186/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI