Penyanyi terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyifatkan pengalaman menyusukan dua anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa menjadi pengalaman terpaling indah dalam hidupnya.
Menerusi perkongsiannya di Webinar Penyusuan Pa&Ma, Aku Tak Penat Susukan Anak baru-baru ini, pengalamannya membawa Afiyah ke beberapa buah negara dan menyusukan kedua anak kecilnya dalam kesibukan waktu menjadi detik paling manis.
Malah menurut Siti, dia juga melalui detik yang sama dengan ibu yang lain, yang mana ada ketikanya berbicara mengenai penyusuan yang ‘struggle’.
“Bila bercakap tentang menyusukan anak, saya rasa setiap ibu memang niat nak menyusukan anak sendiri dan itu juga yang berlaku pada saya.
“Walaupun saya jadi ibu agak lambat, iaitu pada usia 39 nak masuk 40 tahun, saya ada juga perasaan takut. Takut dan bimbang adakah saya boleh susukan anak saya sampai umur dua tahun.
“Dari dapat tahu saya hamil lagi, saya dah banyakkan membaca untuk cari ilmu nak menggalas tanggungjawab dan sebagai persediaan untuk jadi ibu dan menyusu nanti.
“Saya banyak belajar dari menantu saya, Tya Ariffin. Saya tengok depan mata sendiri macam mana gigihnya Tya menyusu dan stok dia sampai penuh satu peti sejuk. Saya kagum sangat.
“Jadi waktu itu saya terfikir-fikir, dapatkah saya menyusu macam itu dengan usia yang dah lewat. positifkan pemikiran saya.
“Bila sampai waktu masa nak dekat bersalin, masa hamil tujuh ke lapan macam tu, emak saya pesan bila lepas mandi tu kena urut-urut sikit untuk lancarkan susu kelak. Jadi dari awal saya dah biasakan.
“Saya juga mengalami bengkak susu masa awal-awal dulu tapi alhamdulillah saya ada orang berpengalaman di sekeliling saya yang banyak membantu. Saya banyak membaca dan buat petua orang lama-lama dan konsisten positif serta sentiasa berdoa.
“Saya minum air yang cukup untuk menyusu. Apa saja petua banyakkan susu saya cuba termasuklah amalkan minuman sarang burung, Beaunest saya,” katanya, memetik Pa&Ma.
Ads
Penyanyi lagu Anta Permana ini turut mengenang memorinya bersama Aafiyah sewaktu berada di negara orang, tidak lama dulu.
Dia turut membawa sama permata hati sulungnya itu Aafiyah ke siri jelajah konsertnya di Jakarta, Indonesia selain lawatan ke Jepun dan Singapura.
Semuanya demi memastikan penyusuannya pada Aafiyah lancar.
“Ini pengalaman yang sangat indah dalam hidup saya. Dari awal lagi, saya memang niat ke mana saya pergi saya memang akan bawa dia dan dah niat nak susukan dia sampai umur dua tahun.
“Lepas saya pantang, saya dapat offer ke Jepun, masa tu Aafiyah masih menyusu lagi dan sudah semestinya saya bawa dia ke Jepun. Masa latihan dan masa full dress pun saya tetap bawa Aafiyah.
“Alhamdulillah penganjur sangat memahami dan sediakan tempat untuk saya berehat dan menyusu. Sebelum naik pentas, saya susukan dia kenyang-kenyang dulu dan barulah buat persembahan. Semua ini satu pengalaman cukup manis buat saya,” kongsi Siti lagi.
Ads
Sementara itu, Siti turut menambah, pengalaman menyusukan dua anaknya cukup berbeza.
”Pengalaman menyusukan Aafiyah dan Afwa memang sangat berbeza. Anak lelaki dan perempuan memang lain sangat. Kalau tengok badan Afwa pun memang sangat semangat.
“Saya pun cuba sedaya upaya untuk susukan Afwa walaupun kemampuan tak seperti orang muda. Tapi saya sentiasa positif.
“Orang kata struggle susukan anak dan sekarang pun saya melalui struggle tu. Ada masa susu banyak dan ada waktunya susu drop. Walaupun duduk dekat rumah, tidur tak cukup, badan penat.
“Masa saya penuh, terkejar-kejar dan kadang-kadang saya tak sempat nak pam susu. Bila dah tak konsisten mulalah susu makin kurang dan saya alaminya sekarang.
“Afwa pula memang kuat sangat menyusu, sekali menyusu sampai 4-5 auns sampai berat sekarang berat dah 8kg lebih. Bila dah makin kurang, saya dah mula top up dengan susu formula.
Ads
“Saya harap saya diizinkan Allah untuk teruskan menyusu Afwa sampai umur dia dua tahun. Insyallah,” katanya lagi.
Pada masa sama, Siti turut mengambil berat soal pemakanan terutama di waktu pantang untuk memperbanyakkan susu selain kesihatan tubuh badannya.
“Sebenarnya waktu kita pantanglah cukup penting pada saya. Saya dijaga oleh Natalis, saya memang banyak makan ikan yang dikukus dan buat sup. Saya ambil lobak putih, susu kambing dan vitamin untuk banyakkan susu.
“Selain itu saya amal makan kurma dan Beaunest saya dan alhamdulillah saya konsisten sahaja dengan minum jumlah air yang banyak.
“Bagi saya kalau struggle nak susukan anak jangan sampai kita stress dan down, sedih yang berpanjangan sebab Allah akan bagi rezeki pada anak-anak.
“Kalau kita dah cuba sehabis baik, kalau tak ada rezeki tak ada salahnya kita campurkan dengan susu formula,” kongsinya.
Untuk rekod, Siti berkahwin dengan suaminya yang juga ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Foto: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah buat penyanyi Siti Sarah yang baru sahaja berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak keempat.
Meski tidak memberikan perincian mengenai usia kehamilannya ketika ini, Sarah menerusi satu hantaran di Instagram menyatakan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.
Kali terakhir menimang cahaya mata sekitar enam tahun lalu.
“Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru on the way.
“Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan Shuib.
“Jujur Sarah tak sangka, selepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sarah pada masa sama berkongsi reaksi suaminya, Shuib sebaik penyanyi lagu Manes itu disahkan hamil ketika melakukan kit ujian kehamilan di rumah.
Menurut Sarah, dia tidak berani mengumumkan berita gembira itu terlalu awal meski ramai yang sudah dapat meneka dirinya sedang berbadan dua.
“Ramai tanya masa memula dulu tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ini Sarah rasa kandungan dah kuat, baru Sarah berani nak beritahu.
“Minta maaf sebab tak beritahu awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada ‘anxiety, jadi Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan .
“Sarah nak mintak korang semua doakan Sarahdan kandungan. Sarah doakan juga ibu kat luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu,” katanya.
Sempena sambutan Hari Deepavali, pengacara Uyaina Arshad berkongsi sepotong video dirinya menyanyikan lagu Hindustan sewaktu menjadi tetamu jemputan bagi sebuah rancangan di stesen televisyen Indonesia.
Sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, penceramah terkenal, Ebit Lew berkongsi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar sama-sama merebut pahala berbuat khidmat.
Ulasnya, menyediakan sahur dan berbuka puasa teramat besar nilainya di sisi Allah.
“Paling best balik jauh bila dapat masak untuk bidadari dan anak-anak. Walau jarang sangat. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya
“Ramadhan berapa hari jer lagi indahnya jika kita bawa keluarga dekat pada Allah. Sejuk Ramadhan dah makin terasa. Bulan bahagia kasih sayang, belas kasihan, hati lembut, doa sangat makbul, dosa diampunkan. Solat awal waktu, tarawih,qiamulail,baca AlQuran, buat Talim.
“Kasihan semua mak-mak dah siap menu sepanjang Ramadhan demi suami dan anak-anak.”
Dia turut berkongsi kisah sahabat Rasulullah SAW,Saidina Umar yang terbakar janggutnya semata-mata untuk membantu sebuah keluarga miskin pada tengah malam.
“Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim.
“Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia.”
Tegasnya, bulan Ramadan adalah bulan mengumpul pahala dan rebutlah peluang yang ada.
“Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah.
“Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.
“Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga Allah sayang kita semua-ebitlew #keluargasunnahTour2019 #perbaikiDiri,” tulisnya.