Pelakon dan pelawak, Nadya Syahera berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Bagaimanapun, Nadya memaklumkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia memilih untuk merahsiakan mengenai kehamilannya itu sehinggalah dia melepasi fasa trimester pertama.
Menurut Nadya, dia terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang dengan tanggapan jahat dan kata-kata negatif daripada orang sekeliling.
“Kita MERANCANG Tapi Allah Sebaik-baik PERANCANG. Yess! number 3 is on the wayyy. Alhamdulillah. First tau pregnant nervous risau, tak sangka tapi tetap teruja nak lalui fasa-fasa pregnant ni.
“Mula-mula ingat sebabkan vaksin period tak betul, sekaliiiiii haa kau.
“Ada juga rasa risau mulut-mulut orang, tanggapan-tanggapan jahat, kata-kata yang kurang sihat untuk didengar sebab based on my pengalaman before, ada je orang yang tak senang dengan khabar gembira kita kan.
“Cakap itu ini yang buatkan I tak happy dengan hal yang sepatutnya I happy. Soooo, Thats why I simpan duluuuu,” tulisnya.
Ads
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh selebriti yang popular menerusi rancangan, Opocot Melatah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Nadya turut memberitahu, dia dan kandungannya kini berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun pada awalnya dia dikatakan ada mengalami simptom alahan yang agak teruk.
“Sickness dan mood naik turun tu dah habis kot, cuma awal-awal haritu diuji alahan teruk lepas tu tambah pula dengan ‘benda pelik’ buatkan I lembik tak boleh makan dengan baik almost two month.
“Sekarang ni second trimester dah. I enjoy je buat dan makan je apa I nak. Doakan i takde dah alahan, sihat dan dipermudahkan sampai lah baby keluar next year tau. After empat tahun nak beranak pulak weyyyyyyy. Sis nervous,” ujarnya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, Nadya turut menitipkan doa agar nikmat ini akan turut sama dapat dirasai buat para pasangan suami isteri yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
“Oh ya, masa I dapat tau I pregnant tu, terus terdetik dekat hati, I doa supaya Allah hadiahkan dan hadirkan jugak khabar gembira macam ni untuk mereka-mereka yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat. InsyaAllah usaha, doa dan tawakal okay,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nadya dan kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah, semoga Allah lindungi Kak Bed dan keluarga.
Ads
“Alhamdulillah, congrats Kak Bed. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harapnya Kak Bed dan baby akan terus kuat dan sihat.
“Alhamdulillah, congrats Nad. Take care and stay safe,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu menimang dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemergian penyanyi Adibah Noor pada malam Sabtu mengejutkan ramai terutama sekali buat peminat serta pengiat industri seni hiburan negara.
Terkesan dengan berita sedih itu, ramai yang memuat naik foto Allahyarham bagi mengirimkan ucapan takziah serta mendoakan perjalanan terakhir Adibah.
Dalam pada itu, pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, 27, menegur netizen agar tidak berkongsi foto Adibah ketika tidak menutup aurat semasa hidupnya.
“Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat. Cukup sekadar sedekah Al-Fatihah.
“Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu. Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa. Sekian, salam,” tulisnya menerusi laman Instagram.
Dalam perkongsian itu juga, PU Riz turut menyertakan dalil sebagai rujukan mengenai perkara itu yang dipetik Hadis Riwayat Muslim no.1017.
“Dan barangsiapa yang mengerjakan dalam Islam Sunnah yang jelek maka ia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa orang yang mengikuti mereka sedikitpun,” kongsi PU Riz.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas.
Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 yang hanya diketahuinya sejak tiga bulan lalu.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada jam 11.30 pagi Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Adam Lee menjelaskan dia memilih tarikh pernikahan hari ini dengan pasangannya yang juga aktres, Sweet Qismina bersempena dengan tarikh lahir pelakon itu.
Menurut Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, pemilihan tarikh 24 Oktober dipilih kerana dia mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dalam hidup Sweet, hari ini.
“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah Sweet dilahirkan oleh ibunya dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” katanya.
Menurut Adam, sepanjang empat tahun mereka bercinta, apa yang diterapkan adalah kejujuran dalam perhubungan.
“Bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu, mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.
Sementara itu, Sweet, 25, atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi pula akui, mereka mengambil masa empat tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin kerana mahu menamatkan pembelajaran.
“Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar.
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami dipermudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah uar-uarkan di media sosial.
“Mungkin sebab itu, ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah makbulkan sampai sekarang,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu selamat bernikah dengan sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang, di sini, jam 10.40 pagi.
Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein.
Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.
Nilai mas kahwin itu adalah simbolik pada tarikh lahir Sweet pada hari ini.
Sweet dan Adam yang juga pelakon drama Bidadari Salju bertunang pada 24 Oktober tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.
Seterusnya, kedua mempelai bakal diraikan dalam majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Raja Syahiran dan Uyaina Arshad selamat menimang cahaya mata sulung pada petang Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan serentak oleh Syahiran, 29, dan Uyaina, 30, menerusi laman Instagram masing-masing dengan memuat naik gambar tangan putera sulung mereka.
“Assalamualaikum anakanda ku.. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah.
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia serta seorang pemimpin yang hebat.
“Baba dan Mama cinta dan sayangkan awak sangat. Minta doa yang baik-baik daripada kalian semua untuk anak sulung kami dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” tulis Syahiran dan Uyaina.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis acara di Kuala Lumpur.
Syahiran dan Uyaina turut mengadakan majlis ‘baby shower’ pada 12 Ogos lalu di Janda Baik, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...