Pelakon dan pelawak, Nadya Syahera berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Bagaimanapun, Nadya memaklumkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia memilih untuk merahsiakan mengenai kehamilannya itu sehinggalah dia melepasi fasa trimester pertama.
Menurut Nadya, dia terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang dengan tanggapan jahat dan kata-kata negatif daripada orang sekeliling.
“Kita MERANCANG Tapi Allah Sebaik-baik PERANCANG. Yess! number 3 is on the wayyy. Alhamdulillah. First tau pregnant nervous risau, tak sangka tapi tetap teruja nak lalui fasa-fasa pregnant ni.
“Mula-mula ingat sebabkan vaksin period tak betul, sekaliiiiii haa kau.
“Ada juga rasa risau mulut-mulut orang, tanggapan-tanggapan jahat, kata-kata yang kurang sihat untuk didengar sebab based on my pengalaman before, ada je orang yang tak senang dengan khabar gembira kita kan.
“Cakap itu ini yang buatkan I tak happy dengan hal yang sepatutnya I happy. Soooo, Thats why I simpan duluuuu,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh selebriti yang popular menerusi rancangan, Opocot Melatah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
“Sickness dan mood naik turun tu dah habis kot, cuma awal-awal haritu diuji alahan teruk lepas tu tambah pula dengan ‘benda pelik’ buatkan I lembik tak boleh makan dengan baik almost two month.
“Sekarang ni second trimester dah. I enjoy je buat dan makan je apa I nak. Doakan i takde dah alahan, sihat dan dipermudahkan sampai lah baby keluar next year tau. After empat tahun nak beranak pulak weyyyyyyy. Sis nervous,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Nadya turut menitipkan doa agar nikmat ini akan turut sama dapat dirasai buat para pasangan suami isteri yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
“Oh ya, masa I dapat tau I pregnant tu, terus terdetik dekat hati, I doa supaya Allah hadiahkan dan hadirkan jugak khabar gembira macam ni untuk mereka-mereka yang masih berusaha untuk dapatkan zuriat. InsyaAllah usaha, doa dan tawakal okay,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nadya dan kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah, semoga Allah lindungi Kak Bed dan keluarga.
“Alhamdulillah, congrats Kak Bed. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harapnya Kak Bed dan baby akan terus kuat dan sihat.
“Alhamdulillah, congrats Nad. Take care and stay safe,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hafizul Nawi pada 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu menimang dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nadya Syahera