Penyanyi, Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliyah Abu Hasan telah meluahkan rasa terharu dan gembira di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Alyah, dia bergandingan mengadakan persembahan bersama rakan penyanyi, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah bagi sebuah program televisyen.
Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu, dia berasa sangat gembira apabila berpeluang untuk membuat persembahan bersama dengan rakan penyanyi seangkatan.
“Me and my friends…Lama tak 1 stage dgn korang Terima kasih utk pengalaman yg dah lama tak dirasakan… @mishaomar @dayangsayangkamu,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat gandingan mereka bertiga yang mantap ketika membuat persembahan.
Sekadar informasi, mereka bertiga telah berganding bersama membuat persembahan untuk Konsert Kitak Nang Steady yang berlangsung di UNIMAS, Sarawak pada Ahad lalu.
Ia turut ditayangkan secara langsung di TV2.
Foto : Instagram Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak, Doakan Wan Ya. Al-Fatihah,” – Genap 4 Tahun Dijemput Ilahi, Azwan Ali Kongsi Foto Bersama Arwah Ibu
Personaliti Televisyen, Azwan Ali yang turut sinonim dengan panggilan Diva AA ada memuat naik sekeping foto sebagai mengenang pemergian ibu tercinta, Hajah Che Tom Yahaya.
Allahyarhamah yang dikenali sebagai Mak Tom sudah pun pergi mengadap Illahi genap 4 tahun, hari ini.
Lalu, Azwan ada menitipkan doa buat arwah ibu tersayang.
“18 FEBRUARY 2017 SABTU ENGKAU DIJEMPUT PULANG! HARI INI GENAP 4 TAHUN MAK.
“TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA MOGA ROH ARWAH MAK TOM TENANG DI SANA.
“MAK, DOAKAN WAN YA AL-FATIHAH,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan doa buat arwah ibu hos Lagu Cinta Kita musim kedua ini.
Untuk rekod, ibu Azwan yang turut dikenali di kalangan selebriti tempatan itu meninggal dunia pada usia 82 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara, 18 Februari 2017.
Video: Twitter Azwan Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Kau Kawin Dok Ngangkang Kat Rumah Tak Kerja,” – Shakilla Khoriri
Kehidupan rumah tangga selepas kehadiran insan baru boleh mengubah seluruh rutin hidup.
Misalnya pelakon, Shakilla Khoriri mengakui kemunculan Ameena dalam hidup adalah satu keajaiban.
Malah, dia sendiri tidak pernah menyangka akan melalui fasa mengandung dan melahirkan anak.
“Dulu sebelum ada Ameena aku dengan Fizi suka menari. Gemar sangat! Walaupun jenis tarian level -10.
“Rasa kejap je eh dah ada Ameena. Budak ni pun dah nak masuk 4 bulan.
Dalam takut2 kitaorang nak besarkan dia. Dalam percaya tak percaya aku boleh mengandung dan ada anak ke tak sebelum ni,” ulasnya.
Langit tidak selalu cerah, pertelingkahan sering kali terjadi dalam soal penjagaan anak, namun dia bersyukur semuanya dihadapi dengan terkawal.
“Semua yang ada sekarang tak terjangka. Syukur Alhamulillah setakat hari ni aku dengan fizi boleh handle bad or good situatation dalam keadaan sangat terkawal.
“Tapi tak dinafikan kadang bila ribut mendatang masing2 Ada jugaklah yang keras kepala.
Gaduh perang tak pernah, merajuk banyak kali.
“Seronok sebenarnya handle anak kecil ni. Mencabar macam panjat gunung nuang,” jelasnya lagi.
Dia turut menegaskan segala yang diluahkan hanyalah sekadar perkongsian dan ambillah sisi positif dalam apa yang disampaikan.
“Penat tapi so much fun tau i tell you. Kadang untuk teruskan hidup kena selalu positive.
Jangan mengata orang sebab nanti berbalik dekat kita semula. Jangan menunjuk sebab orang sekarang ramai yang gila babi tak boleh tengok orang senang.
“So ada benda yang di share kan itu sekadar perkongsian supaya kita semua boleh ambil yang positive dan tinggalkan nagative dalam alam rumah tangga.
“Setiap posting tidak lah dengan niat menunjuk atau apa. Sekadar semangat kepada semua yang terbaca atau tertengok untuk hargai pasangan masing2,” tulis pelakon drama Adam Dan Hawa.
Malah, tegasnya lagi, biarpun Allah telah menjanjikan rezeki selepas berkahwin dan mendapat anak, namun apa yang penting, usaha.
“Janji Allah, bila berkawin akan ada rezeki masing2. Dan ada juga rezeki yang datang tanpa henti bila ada anak. Cepat atau lambat.
“Tapi jangan kau kawin dok ngangkang kat rumah tak kerja tak usaha.Lepas tu kau pegang janji Allah yang rezeki lepas kawin dan lepas ada anak. Sengal otak ke?
“Maaf andai terkasar bahasa. Hargai orang tersayang. Jangan give up dalam hidup.
Be positive. Bersihkan hati. Jauh sikap dengki iri hati. Support each other. Love yourself and make it all happen,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Satu perkongsian yang cukup bermakna untuk diteladani.
Foto : Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat
Sejak kebelakangan ini, isu tekanan perasaan membabitkan segelintir doktor pelatih merupakan antara isu yang sedang hangat diperkatakan.
Tambah merisaukan apabila tekanan tersebut membuatkan mereka mula terfikir untuk meragut nyawa mereka sendiri.
Isu tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon, Azhar Sulaiman.
Menurut Azhar, dia ternyata terkilan dengan sikap sedimikian selain turut menyifatkan tindakan bunuh diri sebagai satu kesalahan yang besar lebih-lebih lagi di sisi agama.
“Salam semua, Mami baru lepas tengok Youtube pasal pengakuan doktor pelatih yang tertekan sangat sampai nak bunuh diri.
“Mami pelik sungguhlah, mami ni walaupun masa kecik dulu tidaklah alim sangat tapi tak pernah hayat bila confronted dengan masalah hidup sampai terlintas nak bunuh diri.
“Kita ni orang Melayu/Islam. Jangan cakap dimulut. Terlintas dihati tu pun dah kira salah besar to me,” tulisnya
Pandangan tersebut disuarakan sendiri oleh pelakon drama, Di Sebalik Kasyaf itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga pernah mengalami masalah tekanan hidup namun, tidak pernah sekali pun terlintas di fikirannya untuk membunuh diri.
“Sedih betul orang Melayu/Islam senang senang je boleh terlintas dalam kepala untuk bunuh diri.
“Dari bunuh diri, lebih baik fikirkan cara terbaik untuk hapus pembuli for good,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap kenyataan yang dikongsikan oleh Azhar itu.
Terdahulu, isu buli membabitkan doktor-doktor pelatih turut telah mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bebas untuk menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhar Sulaiman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI