Selepas selesai menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai undangan di Era FM, pengacara dan personaliti versatil, Sharifah Shahirah kini sah sebagai penyampai baharu di stesen radio Sinar FM.

Shahirah atau mesra disapa Shiera akan bergandingan bersama Hefny Sahad dan Falyq menerusi segmen Trio Petang Sinar.

Menurut Pengurus Jenama Sinar, Zureen Affendi, pengalaman luas yang dimiliki oleh Shiera diyakini mampu menyuntik tenaga baharu ke dalam segmen petang stesen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“Sebelum ni, Duo Sinar pernah bersama dengan Erra Fazira dan bagi impak positif. Jadi, ia ambil masa yang lama untuk mencari seseorang yang dapat memberikan impak yang sama.

”
Kak Shiera dah pernah tolak tawaran pertama namun pada hujung tahun lalu, Kak Shiera terima dan ingin cuba angin baru,” katanya.

Sentuhan Wanita

Zureen turut menjelaskan, pemilihan Shiera bukan sekadar bersandarkan populariti, tetapi juga keperluan untuk membawa perspektif berbeza dalam segmen tersebut yang sebelum ini dikendalikan sepenuhnya oleh penyampai lelaki.

Ads

“Pengalamannya Amat Bernilai,” – Mahu Sentuhan Wanita, Sharifah Shahirah Kendali Segmen Petang Sinar FM

“Antara lain kriteria kami memilih Kak Shiera sebagai penyampai TRIO PETANG SINAR ialah ingin beri sentuhan wanita dalam segmen petang.

“Apa-apa pun ia satu perkhabaran gembira buat kami selepas Kak Shiera menerima tawaran itu dan sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti penyampai di SINAR,” katanya lagi.

Pihak pengurusan Sinar yakin kehadiran Shiera bukan sahaja akan menarik lebih ramai pendengar, malah mampu memperkukuh kedudukan stesen radio tersebut dalam kalangan pendengar setia di seluruh negara.

Ads

Pengalaman bernilai Sharifah Shahirah bukan nama asing dalam dunia penyiaran radio.

Sebelum ini, Shiera telah bertugas sebagai penyampai di Suria FM selama tujuh tahun sejak 2018.

Namun, pada Februari lalu, beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama stesen berkenaan.

Ads

“Saya yakin dengan kemampuannya akan membawa Segmen Petang SINAR ke peringkat yang terbaik.

“Ini kerana pengalamannya dalam bidang penyiaran radio amat bernilai dan ini masanya Kak Shiera mencurahkan bakti, tenaga dan idea kepada stesen kami.

“Diharapkan pendengar dapat menyokong dan terhibur celoteh dan telatah Kak Shiera bersama Falyq dan Hefny,” ujar Zureen lagi.

Sebelum ini, nama Shiera turut menjadi perhatian selepas tampil menggantikan trio penyampai Era FM dalam tempoh mereka direhatkan susulan isu kontroversi, sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI