“Pengarah Cakap ‘Action’ Je, ‘Step’ Tarian Saya Semua Ke laut!” – Ara Johari Cerita Suasana Waktu Shooting Sumpahan Salju

Share

Penyanyi Ara Johari mengakui ada beberapa langkah tarian yang sepatutnya dilakukan menerusi muzik video single terbarunya, Sumpahan Salju tidak dapat dilakukan kerana terlupa ‘step’.

Menampilkan sisi muzik yang berbeza kali ini, Ara,25, atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari bagaimanapun cuba melakukan yang terbaik.

“Saya bukan malu nak menari. Sebenarnya, saya diberikan masa selama dua hari sebelum penggambaran untuk menghafal ‘step’ tarian.

“Saya akui tarian itu agak banyak dan panjang. Ya saya mencuba sehabis baik. Tetapi bila tiba waktu penggambaran, pengarah cakap ‘action’ je, ‘step’ tarian saya semua ke laut!” seloroh Ara kepada Media Hiburan. 

Mengakui tidak berapa mahir menari, baginya agak sukar untuk menggerakkan tubuhnya sambil ‘lip sync’ ketika penggambaran muzik video berkenaan dijalankan.

“Apa yang mereka masukkan dalam muzik video, itulah ‘step’ tarian yang saya hafal, yang lain semua saya tak ingat.

“Saya mencuba untuk menari tapi saya bukan penari jadi susah nak ingat gerak tari sambil kena ‘lip sync’ untuk muzik video pada masa yang sama. Jadi saya pose je, kayu pun kayulah,” katanya lagi.

Sehingga kini, muzik video berkenaan yang dimuat naik di YouTube sejak tiga minggu telah pun menerima tontonan lebih 200,000 tontonan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH