Hiburan

Pengaruh Barat Hakis Nilai Adab Kanak-Kanak, Ibu Bapa Perlu Tekan Kembali Kisah Teladan Orang Dulu-Dulu

Share

Di era yang serba moden ini, pengaruh dan ideologi Barat terhadap minda kanak-kanak sangat meluas dan seolah-olah tiada batasan.

Ditambah pula dengan jaringan internet tanpa sempadan, segalanya boleh diakses dengan hanya satu klik. Semuanya hanya di hujung jari.

Lihat sahaja segelintir kandungan yang disajikan di internet mahupun platform media sosial, pada dasarnya ia dilihat macam bersesuaian ditonton oleh kanak-kanak. 

Bagaimanapun, apabila diperhalusi secara teliti, ada diantara isi ‘konten’ (kandungan) yang dipaparkan itu yang bercanggah dengan norma-norma kita sebagai masyarakat Melayu.

Sebagai contoh, ada beberapa kandungan yang dilihat tanpa sedar telah mengajar anak-anak ini untuk bercakap perkara tidak senonoh dan kasar sehingga ada yang berani bertindak biadap.

Malah, ada di antara mereka yang bertukar menjadi agresif gara-gara  meniru tingkah laku watak-watak tertentu kegemaran mereka di internet.

Pada mereka, tindakan seperti itu dianggap ‘cool’ atau lucu, tetapi tanpa mereka sedar, ia menghakis nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan sejak usia muda.

Jika hal ini tidak dibendung terutama sekali daripada pihak ibu bapa, jangan terkejut jika satu hari nanti, negara bakal melahirkan generasi tanpa identiti dan tidak kenal dengan asal usul sendiri.

Kita tidak perlu melihat jauh, bangsa Melayu mahupun nusantara itu sendiri kaya dengan kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan pengajaran dan pedoman.

Jika ingin bercakap soal ibu dan anak, kita ada kisah Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putih Bawang Merah.

Kita juga punyai banyak kisah-kisah yang mengangkat kehebatan para wanita seperti Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan Puteri Santubong.

Selain itu, kisah-kisah seperti Pak Pandir, Pak Belalang dan Si Luncai pula banyak mengajar  tentang erti hidup.

Sehubungan itu, sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda mendalami kisah-kisah rakyat, Astro dengan bangganya menerbitkan drama adaptasi terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.

Drama yang dibintangi barisan pelakon popular tanah air seperti Mira Filzah, Kamal Adli, Nabila Huda, Amalina Arham dan Tracie Sinidol itu dilihat berupaya memberikan lembaran baharu dan segar buat kisah lagenda tersebut di samping menerapkan nilai-nilai murni buat mereka yang menonton khususnya anak-anak muda sekarang.

Hikayat Bawang Putih Bawang Merah telah pun ditayangkan bermula 21 Oktober lalu, setiap Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611) serta platform penstriman Astro Go dan Sooka app.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf