
Dukacita apabila dimaklumkan, pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, maut, dalam kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, suaminy, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, turut dilaporkan cedera.
Kejadian itu disahkan adik mangsa, Mohd Faizul Rohban, 34, selepas dihubungi suami mangsa, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Foto: Instagram Faziani Rohban
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Bersin Pun Cantik,”- Kongsi Foto Nak Terbersin, Nabila Razali Terima Komen Lucu

Nabila Razali telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Apa yang kelakar, bintang genit ini ada berkongsi gambar ketika dia kelihatan seakan-akan mahu bersin.
“Jap nak bersin.. AchoooO!” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramA post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on
Lantas, perkongsian penyanyi berusia 27 tahun itu mendapat perhatian netizen, rata-ratanya meninggalkan komen lucu!
Pada masa sama, ada juga peminat yang memuji Nabila. Kata mereka, peyanyi ini tetap kelihatan cantik walaupun dalam keadaan bersin pada masa sama.
Alahai, comel je bila tengok Nabila nak bersin. Patutlah peminat sangat sayang dekat Nabila.
Foto : Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ayah Terpaksa Naik Basikal Berkilo Meter Sehari Hanya Untuk Ke Sekolah Setiap Hari,” – Asyraf Khalid Dedah Bapa Tidak Pernah Manjakannya Dengan Kemewahan

Asyraf Khalid mendedahkan walaupun dibesarkan dalam serba kemewahan, namun bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa seorang yang sangat tegas, dan mahu anak-anak berusaha sendiri tanpa bergantung harap kepadanya.
Kongsinya lagi, pengalaman hidup bapa yang berasal sebagai anak kampung dan kesukaran yang dihadapi sebelum mencapai kejayaan dijadikan sebagai sumber inspirasi dia dan isteri dalam memulakan perniagaan Mutyara Beauty.
Malah tegasnya, bapa tidak pernah memanjakan anak-anak dengan wang ringgit dan untuk memiliki sesuatu, mereka perlu berusaha mendapatkannya.
“Salam semua,
Alhamdulillah, baru-baru ni, saya & isteri Tya, release story tentang bagaimana kami mulakan perniagaan kami bersama, Mutyara beauty.
“Alhamdulillah, banyak juga positive feedback yang kita terima especially selepas mereka tengok video kita di Youtube.
“Ada juga komen-komen yang saya nampak sedikit negative lebih-lebih lagi di twitter & juga di blog-blog tempatan. Saya juga nak cakap sikit kalau boleh.
Ramai orang bila dengar story kita, focus pada headlines, tapi point utamanya, ramai orang tak nampak atau tak tangkap.
“Yes betul, saya di lahirkan dalam keluarga yang berpengaruh, Ayah saya seorang yang berjaya dalam bidang beliau, & saya sangat bangga mempunyai Ayah seperti Ayah, lebih-lebih lagi cara didikan Ayah kepada saya.
“Ayah was a hard father to me, dia tahu hidup kita senang, semua Ayah boleh bagi, jadi Ayah didik dengan cara Ayah tersendiri. Ayah punyai impian untuk anak-anak beliau menjadi berjaya, kalau boleh, kata Ayah, beliau nak kita lebih berjaya pada Ayah.
“Ayah juga asalnya sebagai anak kampung. He really made it from Zero, and i can’t imagine the hardship that he went thru. Ayah terpaksa naik basikal berkilo meter sehari hanya untuk ke sekolah setiap hari.
“Ramai yang tak nampak, cara didikan Ayah tu yang membuatkan saya dapat sedikit kejayaan. Walupun kejayaan yang kita ada ni bukanlah hebat mana, tapi saya bersyukur kerana di pilih Allah untuk membantu ramai orang lain.
“Ayah tak pernah manjakan saya dari segi wang ringgit, & saya paling takut nak mintak duit dari Ayah dari kecil. Ayah didik kita dari kecil, kalau nak sesuatu, you have to work for it. Ayah selalu ingatkan kita juga tentang kesusahan yang beliau lalui.
“Ayah percaya, kalau kita bagi seseorang itu ikan, dia akan selalu meminta ikan kepada orang, tapi kalau dia mengajar kita cara untuk memancing, kita akan boleh tangkap ikan pada bila-bila masa.
“Betul, susah saya ni, tak la susah macam ramai orang, mungkin banyak yang lebih susah. Jadi saya sangat bersyukur di lahirkan di keluarga yang, Alhamdulillah, Allah bagi lebih. Mungkin Ianya lebih mudah bagi saya kerana Allah nak bayar balik kesusahan yang Ayah & Tok nenek kita lalui dulu,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on
View this post on InstagramA post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on
Terdahulu Asyraf dan isteri, Tya Arifin berkongsi kisah suka duka sebelum memulakan perniagaan jamu kecantikan.
Foto : Instagram Asyraf Khalid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Comel Sangat,” – Peluk Anak Patung Ketika Disuntik Vaksin, Nabila Razali Jadi Perhatian Peminat

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan Peluang Kedua ini turut memuat naik satu rakaman video berserta beberapa keping foto momen ketika sedang menerima vaksin tersebut.
Mencuri perhatian, Nabila juga dilihat memeluk patung haiwan Dinasour ketika mengambil vaksin tersebut.
Pada masa sama, penyanyi berusia 29 tahun ini memberitahu proses pengambilan vaksin tersebut telah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah.. Bella bersama Baby Joong-Ki dah pun selesai dapatkan dos pertama vaccine Covid19 di Universiti Malaya tadi.
“Kejap je process dia. Tak sakit pun Semua staff frontliner baik2. Thank you so much korang!,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji gelagat bintang drama bersiri Kebaya Kasut Kanvas itu.
“Kene cucuk pun kene ade bear eh so cute,” tulis seorang warganet.
“Well done bella look so cute,” puji seorang peminat yang lain.
“Alaaa. Manjanya bella. Cute jak,” tulis lagi seorang peminat.
Foto: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI