Pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Anak Allahyarhamah yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali ketika dihubungi MH berkata, ibunya meninggal dunia dalam tidur.
“Ibu pergi dalam tidur di rumah anak sulung di Rengit, Batu Pahat. Sekitar jam 2.00 petang begitu, kakak ada beritahu ibu macam tak ada selera nak makan.
“Kemudian kakak menelefon saya untuk maklumkan mengenai keadaan terkininya. Lalu pada sebelah malam kakak sekali lagi hubungi, maklum ibu sudah tiada,” katanya.
SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada dua hari lalu.
Ads
“Pagi Ahad saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
“Malah ketika berkongsikan mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan tersebut kepadanya, tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah.
“Kami memang rapat, sama-sama meneruskan empayar JMD. Apa pun, kami adik beradik reda atas pemergiaan dan terima kasih atas ucapan serta doa baik-baik yang dititipkan semua kepada ibu,” katanya lagi.
Meneruskan legasi JMD hingga masih kekal bertahan sehingga kini, Habib bersyukur kerana telah cuba menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
“Impian saya untuk bercakap dengan ibu sejurus graduasi dimakbulkan Allah SWT. Doa dan semangatnya akan sentiasa ada bersama. Allahyarhamah juga sudah jalankan tugasnya sebagai ibu dengan cukup sempurna bagi kami.
Ads
“Ibu banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak dan tidak kecil jasanya kepada ramai orang menerusi produk yang diusahakan. Sudah tentu saya akan rindukan perwatakannya yang lemah-lembut itu.
“Personaliti baiknya memang sudah sinonim di kalangan kenalan yang rapat. Terima kasih sekali lagi atas doa dan ucapan yang dititipkan semua,” katanya lagi.
Jenazah Allahyarhamah yang sinonim dikenali sebagai Ibu Halimah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar jam 9.00 pagi ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“ASSALAMUALAIKUM. Pada hari JUMAAT yang mulia lepas bapa mertua Ayu Syed Baharuddin Bin Syed Rahman telah pergi buat selamanya. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman amin.
“TERIMA KASIH atas segala jasa mu abah yang selama ini memelihara dan menyanyangi pogi @syedpogi dari kecil hingga kesaat terakhir mu,” tulisnya.
Tambah penyanyi lagu, Hanya Di Mercu itu lagi, dia sedikit terkilan kerana bapanya itu dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat baik sebelum dia meninggalkan rumah.
Bagaimanapun dia tetap reda dan mendoakan semoga arwah bapa mertuanya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Tersentak bila tahu abah da tiada. Ayu keluar abah tengah makan sihat tiada pun abah sakit. Allah SWT lebih sayang abah. Tak nak abah sakit lagi.
“Kami berharap suatu hari kita akan berjumpa di syurga nanti. Amin ya rabbal alamin. Al fatihah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ayu sekeluarga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayu Damit
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, tiada apa yang lebih hangat dibincangkan peminat seni tempatan selain keterbukaan pelakon kacukan, Emma Maembong yang sudah pun membuka tudung sekitar seminggu lalu.
Malah, reaksi dan penjelasannya di media turut menerima reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bagaimanapun lain pula halnya dengan penceramah motivasi selebriti, Caprice yang secara ringkat menjelaskan;
“Benda yang wajib tak boleh discuss, tak boleh debate,” tulisnya di ruangan kapsyen terhadap sepotong videonya berkaitan isu berkenaan.
Malah, jelasnya menerusi video apa yang lebih perlu diberi perhatian apabila bercakap mengenai krisis dalam Islam ialah penindasan terhadap kaum muslim dan isu melibatkan sekolah tahfiz.
Lalu, menerusi lebih 1500 komen setakat ini terhadap entri tersebut rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Caprice.
Dengarkan apa yang diperkatakannya menerusi video tersebut dan korang nilaikan sendiri. Setakat ini, video tersebut sudah pun mendapat hampir 100,000 tanda suka.
Foto: Instagram Caprice/Emma Membong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!