Pengasas jenama sate paling popular di Malaysia, Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi.
Allahyarham Samuri lahir pada 25 Julai 1944 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan kini berusia 73 tahun.
Jenazah akan diuruskan di Masjid Al Falah, Kampung Sungai Ramal Dalam hari ini.
Menurut Facebook Masjid Al Falah Kg. Sg. Ramal Dalam jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh kariah masjid tersebut dan akan dikebumikan hari ini.
“Mendapat perkhabaran dukacita dari Tuan Roslan(Badan Khairat Kematian) malam ini (2hb September 2017) buat semua kenalan Allahyarham pemilik satay kajang haji samuri yang terkenal telah pun dijemput Ilahi awal pagi ini dan akan diuruskan di masjid al falah kg sg ramal dalam.
“Moga Allahyarham ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan bertaqwa. Marilah sama2 kita mendoakan Allahyarham.. al fatihah.”
Arwah sangat terkenal dengan satenya yang amat popular kerana rasanya yang enak dari segi teksturnya lebih berempah dari sate yang lain.
Marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Sumber : facebook Masjid Al Falah Kg. Sg. Ramal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI