Meluahkan kebimbangan akibat terputus hubungan dengan pengasuh dua anak angkatnya iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, Abby Abadi memohon agar sesiapa mempunyai maklumat mengenai individu yang dikenali sebagai Azieah supaya menghubunginya.
Azieah merupakan pengasuh kepada dua anaknya itu dan posting berkenaan dikongsikan bintang Gerak Khas ini menerusi Instagram.
Jelas Abby, pada mulanya wanita tersebut memohon cuti untuk pulang ke kampung dan mengikut perancangan asal, dia akan pulang semalam.
Namun selepas puas dihubungi, penyanyi ini mendapat perkhabaran wanita tersebut berada di hospital.
Akan tetapi, menerusi mesej yang diterima menceritakan hal sebaliknya pula dan foto pintu hospital yang dikongsikan juga menimbulkan pertanyaan ramai.
“Pasal pintu hospital tadi, Azieah (pengasuh daiyan dayana) minta cuti kata nk balik Kg 4hari.
“Haritu balik sekali dgn kawan dia, naik keretapi laju katanya. Semalam janji nak balik semula.. tp sampai malam tadi tak sampai2.
“Sy whatspp tanya kat mana? dia kata malam tadi baru nk baik bas, jadi Sy agak kalau naik bas, pagi ni la sampainya kan?,” tulisnya.
Peliknya, teks yang diberikan Abby sejak Subuh tidak pula dijawabnya.
“Sy msg malam tadi dia kata nak naik bas pukul 11pm. Lepas subuh tadi Sy msg dah sampai belum, dia tak jawab2.. dan tiba2 ada kawannya pulak tlg jawabkan hantar gmbr pintu tu kata accident smlm nk pergi Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar smlm.
“Sy msg2 lagi tanya nak tau keadaan, lama tak berjawab….. tiba2 ada org lain pulak jawab… Sy agak musykil disitu.. sbb tu Sy tanya kat IG sbb tak dpt nk contact keluarga atau kawan2 dia.
“Jadi, dimanakah Azieah agaknya skrg ye.. Risau Sy.. Aduhaiii… dah la Sy & suami ada kerja hari ni. Sian @daiyandayana. siapa2 buleh tlg sy contact ahli keluarga dia? Atau siapa2 sudi nk jadi pengasuh gantian utk Daiyan Dayana?? Syaratnya cergas ye. DM ye kalau sudi,” luahnya lagi.
Pada masa sama, peminat turut menyatakan kekeliruan dengan maklumat yang diberikan dan membantu menyalurkan maklumat.
Semoga urusan bekas anggota Elita ini dipermudahkan.
Foto : Instagram Abby Abadi