Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan lagu seterusnya sedang mencari komposer bersesuaian bagi tujuan berkenaan.

Lalu menerusi satu hantaran terkini yang dikemas kini jejaka asal Kelantan itu, dia memaklumkan single sulungnya bakal dilancarkan pada 1 November depan.

Lagu berjudul Hujan itu turut disertakan dengan muzik video rasmi yang bakal dimuat naik menerusi YouTube.

“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.

Ads

“Terima kasih pengarah video muzik @ericfuzi_f88 sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” tulisnya.

Ads

Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat selain sama-sama menulis lirik bagi lagu berkenaan.

Ads

“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah @achoifloor88 & @aku_oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya. Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman.

“Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja. Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” jelasnya lagi.

Perkongsian mengenai Hujan mendapat reaksi pelbagai warganet dan sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 15,000 tanda suka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI