Penyanyi senior, Nizam Laksamana berharap agar pihak kerajaan dapat memberikan lebih banyak peluang buat artis-artis senior untuk turut sama terlibat di dalam sebarang program anjuran pihak kerajaan.

Jelas Nizam, pemilihan artis-artis untuk membuat persembahan haruslah dibuat secara sama rata dan tidak seharusnya dimonopoli oleh artis-artis popular sahaja.

“Penggiat Seni Ini Ramai, Bukan Takat Itu Je…,” – Sering Undang Artis T20? Nizam Laksamana Harap Artis Senior Dapat Peluang Sama Rata

“Cadangan dan buah fikir saya la. Kalau buat majlis sambutan raya atau open house apa-apa parti pun lah, kalau ada panggil artis-artis untuk hiburkan pengunjung, jangan lupa jemputlah artis-artis 90-an yang ada lagu-lagu popular yang ‘sing along’.

“Janganlah asik dimonopoli artis-artis T20 yang ada nama dan ada pangkat sahaja. Kena adil juga ye. Kawan-kawan saya ramai ni. Kang asyik la yang artis hebat-hebat bayar mahal-mahal,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Gugurnya Bunga Cinta Itu menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya.

Ads

Katanya lagi, selain mesra masyarakat, kebanyakkan artis-artis senior ini juga mampu untuk menghidupakan suasana menerusi lagu-lagu hits yang masih malar segar sehingga hari ini.

“Tertinggal jugakla artis-artis lejen 90an yang ada lagu best-best yang lebih mesra masyarakat. Bagilah peluang sama rata. ‘Penggiat seni’ ni ramai. Bukan setakat itu-itu sahaja. Share rezekikan bagus.

“Sekadar pendapat/cadangan dari kacamata orang lama yang memerhati gelagat. Bawa saya jumpa PMX kalau siapa-siapa boleh bantu,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar cadangan tersebut turut mendapat perhatian daripada pihak yang terlibat.

Ads

“InsyaAllah ada rezeki abang. Cadangan yang bagus dan tepat sangat. Lagu-lagu lama dan legend juga sedap menjadi halwa telinga ketika menjamah hidangan open house. Moga idea ini sampai pada pihak sana.

“Setuju sangat. Artis-artis 90an ni lagu-lagunya sedap didengar. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

“Setuju Bang Nizam Laksamana. Artis 90an ni pun ramai peminat dikalangan generasi millennium sebenarnya.

“Sangat setuju bang. Semoga dipermudahkan segala urusan legend-legend kita.

Ads

“Era 90an masih ramai perminat
dan masih berbisa,” antara komen-komen netizen di Facebook.

Sekadar informasi, Nizam merupakan vokalis bagi kumpulan Laksamana yang popular menerusi lagu Gugurnya Bunga Cinta, Bulan Madu Dalam Hempedu dan Luka Di Kemudian.

Nizam juga pernah meyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ke-2 (GV2).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Facebook & Instagram Nizam Laksamana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI