Gara-gara terlebih kreatif, Datuk Dr Fazley Yaakob dihentam teruk oleh sesetengah netizen yang dikatakan agak ‘berlebihan’ apabila menyajikan pencuci mulut.
Dekorasi di atas ala-ala ‘shell out’ ini merupakan servis istimewa yang dihidangkan dari Suka Surce Bistro di panggil Sweet Table.
Tindakan seorang netizen yang berkongsi keterujaannya melihat servis yang diberikan oleh restoran milik Fazley, telah membuatkan ramai yang turut memuji kreativiti juara Master Chef Selebriti Malaysia ini.
Namun, ada juga yang kurang bersetuju dan menganggap perbuatan itu seperti satu penghinaan dalam dunia kulinari.
Salah seorang chef turut mengkritik gaya ‘shell out’ dan piping skill yang digunakan Falzey terlalu keanak-anakan dan penggunaan warna terlalu menghambarkan.
Bagaimanapun, melalui akaun Twitternya, Fazley memberitahu tidak perlu bergaduh-gaduh sekirannya ingin merasakan hasil air tangannya boleh singgah ke kedainya dan sekiranya tidak block sahaja dirinya.
Malah, Fazley akui seronok membaca komen-komen haters dan suppotersnya untuk pakej istimewa #Sweettable kerana terserlah hati budi masing-masing.
Tambah lagi, Fazley kelihatan sungguh tenang dengan menjawab beberapa tweet netizen dan berkata dirinya sangat terbuka menerima kritikan dan tidak mengharapkan apa-apa pujian.
Bagi MH sebenarnya, benda-benda kreativiti ini terlalu subjektif. Mungkin pada mata kita biasa, tetapi di mata sesetengah pihak itu yang terbaik, tak begitu?