Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia (AGPGM) menghargai para selebriti tempatan yang selama ini turut sama menyokong jenama itu sejak beberapa tahun beroperasi di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasinya, Zulkarnain Mohd Yusof, berkata pihaknya sentiasa menyokong industri makanan dan hiburan di negara ini.

Malah pihaknya juga terbuka untuk melakukan apa sahaja kerjasama demi kebaikan semua pihak.

“Kalau bercakap mengenai duta yang tertentu, kami ketika ini menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian memandangkan sepanjang operasi, kami memang ada barisan artis yang sentiasa menyokong.

“Malah ada juga kami menyediakan tajaan tertentu dan sebagainya. Apa pun kami percaya penghasilan sambal dan menu kita juga turut menjadi promosi jenama ini terus menerus menerima sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Ads

Terima 5 Pengiktirafan

Dalam pada itu, jenama berkenaan telah pun melakar sukses sebagai jenama ayam gepuk pertama di negara ini yang menerima lima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Menurut Zulkarnain, pencapaian tersebut merangkumi lima kategori utama, iaitu jenama ayam gepuk pertama di Malaysia dan diperakui halal, rangkaian makanan ayam gepuk terbesar, nilai jualan tertinggi dalam setahun, serta jumlah ayam gepuk terjual terbanyak dalam setahun.

“Penerimaan pengiktirafan daripada MBOR bukan sekadar satu pencapaian tetapi tanggungjawab besar kepada pengguna dan industri. Ia bukan sekadar simbol kejayaan malah penghargaan kepada setiap titik peluh demi memastikan jenama ini terus maju.

“Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa rakan niaga, pembekal dan pelanggan yang telah bersama-sama menyokong kami sejak awal,” katanya ketika Majlis Penyampaian Anugerah The Malaysia Book of Records, AGPGM pada Khamis.

Ads

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dan turut dihadiri Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.

Pengiktirafan Bersejarah Dalam Industri Ayam Gepuk, Hargai Selebriti & Penggemar SetiaPengiktirafan Bersejarah Dalam Industri Ayam Gepuk, Hargai Selebriti & Penggemar SetiaPengiktirafan Bersejarah Dalam Industri Ayam Gepuk, Hargai Selebriti & Penggemar Setia

Komitmen Piawaian Halal & Kualiti

Menurut Zulkarnain, pengiktirafan MBOR ini menjadi bukti bahawa AGPGM sentiasa menitikberatkan piawaian terbaik serta aspek halal dalam penyediaan makanan mereka.

“Pensijilan halal diterima baru-baru ini juga membuktikan komitmen kami dalam menyediakan makanan selamat, bersih, dan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Ia juga membantu mengangkat nama Malaysia sebagai hab halal global yang dipercayai.

Ads

“Dengan adanya pensijilan halal, jenama AGPGM bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan tetapi juga berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi pusat rujukan halal dunia,” ujarnya.

AGPGM juga optimis untuk memperluaskan operasinya serta menawarkan lebih banyak inovasi dalam menu, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan industri halal Malaysia.

Dengan lebih 800 cawangan di Indonesia dan hampir 100 di Malaysia, AGPGM kini memperkukuhkan kedudukannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di pasaran utama, termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam majlis yang sama, jenama ini turut memperkenalkan produk terbaharunya, Sambal Kemiri, yang dilancarkan secara eksklusif.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI