Baru-baru ini, satu rakaman video yang memaparkan pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie telah tular di laman media sosial Twitter.
Rakaman video tersebut merakamkan Zarina yang kelihatan sebak sambil berkongsi cerita kisah baju raya yang beli untuk bekas suaminya, Eilyas Azhar.
“Aku tak beli tau baju raya aku, ni aku belikan kau baju RM800 dengan baju anak ni. Aku sendiri tak ada baju raya.
“Ni baju raya kau aku beli dekat Omar Ali, akhirnya aku kena apa? Campak tahi!
“Aku pun tak ada baju sebab hari tu aku tak cukup duit nak beli untuk aku. Tapi pengorbanan bini kau tahu apa
“Pengorbanan seorang bini kau sanggup beli untuk laki kau untuk anak. Kalau diri kau sendiri tak ada pun tak apa,” antara kata Anju di dalam video berkenaan.
Lantas, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan simpati selepas menonton rakaman video tersebut.
“Kesian Anju. Walaupun dia nampak kasar, tapi hati dia baik. Orang tau kecam je, diorg taktau perit jerih hidup Anju,” tulis seorang wargamaya.
“Stay strong Zarina,” titip lagi seorang pengguna akaun Twitter.
Terdahulu, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada 17 Julai yang lalu dengan sekai lafaz.
Bagaimanapun, Zarina memaklumkan telah berpisah dengan Eilyas pada penghujung Januari lalu.
Pasangan ini telah kembali rujuk pada 2 Mac lalu namun Zarina memberitahu telah bercerai sekali lagi pada 3 Mei lalu.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie