
Tarikh 4 Mei bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan majoriti rakyat Malaysia mula kembali bekerja dengan bersyarat.
Namun apa yang menyukarkan keadaan adalah apabila masih ada yang seakan-akan berdegil dan tidak menghiraukan jarak sosial.
Lebih menyedihkan, sejurus pengumuman PKPB dibuat, berduyun netizen keluar membanjiri pasaraya bersama pasangan dan anak-anak.
Fakhrul Unic misalnya, turut melahirkan kekecewaan dan perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu posting di Instagram.
Pada masa sama, dia turut menyatakan rasa simpati kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang taat kepada perintah kerajaan.
View this post on InstagramA post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on
Majoriti netizen turut menyifatkan pengorbanan hampir tujuh minggu golongan berkenaan seolah-olah sia-sia.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei.
Perkara itu juga tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Foto : Instagram Fakhrul Unic
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cuba Jangan Berdendam,”- Hafreez Adam, Zara Zya Saling Balas Gambar…Siap Cover Guna Emoji!

Pelakon Hafreez Adam dan kekasihnya, Zara Zya saling membalas gambar menerusi Instagram beserta kaspyen yang sweet.
Kisahnya bermula apabila Zara mula memuat naik gambar mereka di platform berkenaan dengan menutup gambar Hafreez menggunakan emoji bayi lelaki.
“Cuba teka siapa orang kat sebelah saya,” tulis Zara.
View this post on InstagramCuba teka siapa orang kat sebelah saya?
A post shared by Zara Zya (@zarazya) on
Lalu, gambar tersebut mendapat perhatian Hafreez dan meninggalkan komen.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Hafreez mulai memuat naik gambar mereka bersama.
“Inchess tak bagi upload gmbr ni sebab muka dia nampak bulat. So, kita tutup muka dia,” tulis Hafreez di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramInchess tak bagi upload gmbr ni sebab muka dia nampak bulat. So, kita tutup muka dia ?
A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on
Alahai, sweet betul mereka ni kan? Semoga jodoh berkekalan. Semoga hubungan ke jinjang pelamin, insyaAllah…
Foto : Instgaram Zara Zya, Hafreez Adam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terbuka Kenali Hati Budi Orang Lain? Cinta & Sayang Aedy Ashraf Tetap Pada Amelia Henderson

Pelakon Aedy Ashraf mengakui dia dan aktres Amelia Henderson sudah memutuskan untuk membawa haluan sendiri demi memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya.
Menurut Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, komitmen kerja yang terlalu padat membuatkan mereka agak sukar untuk membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius.
“Ia merupakan keputusan yang kami buat bersama. Kami mahu fokus pada kerjaya. Saya sibuk tapi Amelia lagi sibuk. Jadi, kami pilih untuk membuat haluan sendiri.
“Namun, itu tidak bermakna kami bermasam muka. Tiada pergaduhan yang berlaku.
“Kami berjumpa secara baik dan berbincang mengenai hal ini. Masing-masing punyai tujuan yang sama. Kami meletakkan kerjaya sebagai keutamaan,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Projek: Anchor SPM itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi penggambaran program Astro Jom Usha di Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pada masa sama, Aedy mengakui situasi ini membuatkan dirinya berasa agak sedih.
“Saya percaya Amelia adalah orang yang tepat tapi masa kami kurang sesuai. Sudah tentu rasa sedih itu ada tapi segalanya berbalik kepada apa yang kita mahukan dalam hidup.
“Kami masih lagi berhubung. Sepanjang dalam perhubungan, kami tak pernah bergaduh langsung. Perselisihan faham mesti ada tapi kami sentiasa kekal profesional,” katanya lagi.
Katanya lagi, meskipun mereka sudah membuah haluan masing-masing, namum perasaannya masih sayang kepada Amelia.
“Ketika ini, kami berdua bersetuju untuk menyerahkan segalanya kepada takdir dan rezeki. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, apa kita boleh buat.
“Kami sayang antara satu sama lain. Saya juga masih sayangkan dia. Cuma waktu sekarang belum sesuai.
“Mungkin waktu yang sesuai akan datang pada masa hadapan. Semoga haluan kami bertemu lagi,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia kini terbuka untuk mengenali hati budi individu lain, Aedy memaklumkan perasaannya itu kekal buat Amelia.
“Kalau saya ada masa, lebih baik saya bersama Ameli Henderson. Kalau tiada masa, macam mana saya nak berkenalan dengan orang lain,” akhirinya.
Baru-baru ini, Amelia telah membuat pengakuan bahawa hubungannya bersama Aedy sudah tidak sama lagi seperti dahulu.
Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy sendiri membuat hantaran seperti patah hati dalam akaun media sosialnya.
Tidak berakhir di situ, pada April tahun lalu, hubungan istimewa dia pelakon itu kembali terjalin dan Aedy berharap hubungan mereka akan lebih serius berbanding sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Ke Sini Dengan Pening Mabuk,Muntah Dan…,”- DS Nur Shahida Kongsi Pengalaman Umrah Saat Sarat Kandungkan Yusoff Al-Qardawi, Sayunya

Isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid muat naik fotonya bersama permata hatinya, Yusoff Al-Qardawi di laman Instagramnya, hari ini.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah perkongsiannya di ruangan kapsyen, di mana tahun lalu, dia gigih membawa Yusoff di dalam kandungannya untuk menunaikan umrah.
“Waktu mama baru pregnant yusoff tahun lepas 2017….kebetulan dah daftar umrah….berbelah bahagi antara nak pergi atau tidak.
“Sbb nak tunggu @yusoffalqardawi lama baru dapat lepas last bersalinkan abg @baem_adham 6 tahun lepas.
“Tapi kan mama fikir kalau tuhan nak bagi rezeki Insya Allah ada…kadang kalau kita terlalu risau dan terlalu berjaga2 kalau dan Allah kata bukan rezeki kita x dapat juga.
“So pergilah mama ke sini dgn pening mabuk,muntah dan mcm2 simpton mama bawa ke mekah dan madinah ni.
“Sekarang mama datang lagi bawa yusoff pula kan…..dalam keadaan sihat ceria,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Dalam pada itu, Shahida turut berkongsi beberapa foto dan video dia bersama Yusoff di tanah suci itu.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
ALLAHU… seronok MH lihat foto dua beranak itu. Apa-apapun, semoga ibadah mereka dipermudahkan.
Foto/Instagram:
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI