Aliff Syukri malam tadi ada memuat naik satu posting di Instagram yang membayangkan penjaga sebenar kepada anak angkatnya, Qayyum mahu mengambil kembali anaknya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Menerusi perbualan menerusi aplikasi WhatsApps yang dikongsi, individu berkenaan dikatakan mahu mengambil Qayyum pada minggu depan, Jumaat.
“Kenapa tak ambil sekarang je kan senang sikit saya. Macam saya buat bisnes pusat penjagaan baby pula.
“Awak tak nak baby awak kasi saya dan bila saya dah banyak habis masa dan duit awak nak baby tu awak ambil.
Ads
“Saya dapat apa? Kalau macam tu cepatlah ambil nanti lagi banyak benda saya rugi dan terus tertekan dan lagi banyak saya kena kutuk,” tulis Aliff.
Ads
Sebelum ini kecoh mengenai individu yang difahamkan sebagai ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikatakan mahu menjaga anaknya kembali kerana kononnya, pasangan usahawan itu tidak menjaga anaknya dengan baik.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan mereka selepas viral sepotong video yang mendakwa salah seorang orang gajinya telah melayan Qayyum secara kasar saat diminta bergambar.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong yang diadaptasi menerusi kisah sebenar gangguan ketukan misteri yang tular baru-baru ini telah pun menemui penonton pada Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.
Lalu, para peminat genre seram turut memberikan reaksi sejurus menonton naskhah lakonan mantap Ellie Suriati, Riezman Khuzaimi, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi itu.
Menerusi pemerhatian MH, pengguna media sosial ada memberikan pelbagai reaksi pada akaun Instagram @bambam_studios terhadap telefilem arahan Azmir Affandi itu.
Rata-ratanya memberikan maklum balas positif selain memuji kualiti lakonan para pelakonnya, terutama Ellie Suriaty.
Malah baru-baru ini juga tular di media sosial mengenai sepotong video yang merakamkan Ellie sedang melakukan ritual nasi kangkang untuk salah satu babak drama berkenaan.
Telefilem tersebut turut menjadi trending hasil carian di Twitter.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah meluahkan rasa sedih dan kecewa susulan insiden seekor ibu gajah yang setia menunggu anaknya yang mati dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli, baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi lagu Ser Ser Ser itu berkongsi sedutan video yang memaparkan proses membawa bangkai anak gajah ke satu lokasi untuk ditanam.
Dalam video sama, turut disuarakan cadangan supaya ibu gajah berkenaan dibawa bertemu dengan bangkai anaknya buat kali terakhir sebelum dikuburkan.
Malah, kapsyen yang ditulis Ifa juga menggambarkan kesedihan mendalam yang dirasainya.
“Saya tak boleh terima dan tak reda dengan apa yang berlaku kepada anak dan ibu gajah ini.
“Manusia kejam tak ada hati dan perasaan terhadap ibu gajah. Alam semesta pun turut menangis,” luahnya.
Perkongsian video tersebut juga meraih perhatian ramai warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku.
Antara komen yang ditinggalkan termasuklah;
“Ya Allah sedih hati bila tengok video ni. Sedih sangat-sangat.”
“Kesian tengok mama gajah jalan pun dah tak larat. Kesian dia semalaman tunggu anak dia tak gerak-gerak. Tak makan. Allahu…”
“Betul… patut bawa jumpa anak dia.”
“Saya setuju, at least get the mother to say last farewell to her son.”
“Macam berat hati si ibu gajah ini untuk bergerak.”
“Mata saya ni dari semalam asyik keluar je air mata.”
Insisen Tular
Terdahulu, seekor anak gajah jantan yang dianggarkan berusia lima tahun dilaporkan mati selepas dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 80 Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.
Sedutan video kejadian itu menjadi tular selepas ia dimuat naik ke media sosial oleh saksi yang berada di lokasi.
Rakaman menyayat hati itu juga turut memaparkan ibu gajah yang setia berdiri di sebelah kenderaan terlibat, seolah-olah enggan menerima hakikat kehilangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena meraikan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, saluran TV AlHijrah bakal menyajikan pelbagai program menarik khusus buat penonton.
Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, tahun ini pihaknya mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai Ini Syawal Terakhir bagi mengajak para penonton menghayati Ramadan dan Syawal sepanjang tempoh dua bulan mendatang.
“TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program menarik bagi memenuhi ruang rohani penonton Ramadan dan Syawal akan datang.
“Kesemua program ini telah disusun rapi dan teliti agar objektif untuk mendidik jiwa, menghiburkan dan memberi pengajaran dapat dicapai sepenuhnya,” jelasnya.
Tambah Hussamuddin lagi, kempen Andai Ini Ramadan Terakhir dan Andai ini Syawal Terakhir turut didokong tiga inisiatif utama stesen.
Pertama adalah penerbitan dan penyiaran 24 rancangan baru dan istimewa genre dokumentari, rancangan kanak-kanak, komedi, masakan, kerohanian serta filem.
Bagi inisiatif kedua pula adalah inisiatif platform digital TV AlHijrah dan ketiga merupakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) iaitu Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah.
“Saya menyeru agar semua yang hadir pada hari ini untuk sama-sama menyampaikan pesanan pada kaum keluarga dan sahabat handai agar terus menonton program Ramadan dan Syawal 1442H TV AlHijrah.
“Sama-sama kita jadikan stesen ini sebagai stesen pilihan nombor satu seisi keluarga serta ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan kita di akhirat kelak andainya ini adalah Ramadan dan Syawal terakhir kita semua,” katanya lagi.
Antara program-program menarik sempena Ramadan di TV AlHijrah termasuk Haflah yang disiarkan setiap Khamis & Jumaat, pukul 10 malam, Omar & Hana (Isnin hingga Sabtu pukul 11.30 pagi – bermula 12 April) dan CAMCA Edisi Ramadan (10 dan 12 April pukul 6.30 petang).
Manakala program Ihya Ramadan pula akan bersiaran bermula 13 April depan setiap Isnin hingga Ahad, jam 7.00 petang serta E-Kaunter Netizen (Ahad pukul 7.30 malam – bermula 18 April).
Tidak hanya itu, AlHijrah juga menyajikan program lain seperti Hijrah Berselawat, Drama Andai Ini Ramadan, Sebuah Kehidupan, Ittabiouni, Al-Farabi dan My #HadithTime yang telah pun disiarkan sejak 1 April lalu.
Bagi program menarik sempena Syawal pula adalah Camca Edisi Syawal yang akan bersiaran pada 13 Mei pukul 6.30 petang, Hijrah Berselawat (12 Mei pukul 9.00 malam), Tau Tau Dah Raya (12 Mei pukul 10.00 malam), Raya, Raya Juga (13 Mei pukul 9.00 malam), Bioskop Hijrah – Hafalan Shalat Delisa (13 Mei pukul 10.00 malam), Haflah Istimewa Syawal (14 Mei pukul 9.00 malam) dan Bioskop Hijrah – Wanita Berkalung Sarban (14 Mei pukul 10 malam).
Lebih menarik, TV AlHijrah bakal menyiarkan telefilem berjudul Bebenang PKP Anis yang mengisahkan kehadiran wabak Covid-19 membawa hikmah yang amat besar buat Anis Kemboja.
Telefilem ini dibintangi oleh Lisdawati dan Syafie Naswip bakal ditayangkan pada 15 Mei jam 9 malam.
Selain itu, telefilem Bapa Posa Anak Raya (16 Mei pukul 9.00 malam), Gema Haflah Istimewa Syawal (22 Mei pukul 9.00 malam) dan Dokumentari Sudirman Chow Kit Road (16 Mei pukul 6.00 petang) juga menjadi antara sajian yang perlu ditonton sepanjang Syawal.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penangan warga Miri sememangnya luar biasa apabila lebih 6,000 penonton membanjiri Permaisuri Imperial City Mall menerusi acara Hello Miri yang berlangsung hujung minggu lalu.