Categories: Berita

“Penjelasan Mengenai Baju Yang Viral Tadi Tu,” – Didakwa Cuba Jual Baju ‘Iron Maiden’ Tiruan, Adira Suhaimi Tampil Beri Kenyataan

Share

Baru sahaja menceburi bidang perusahaan pakaian terpakai (bundle) dan ‘vintage’, penyanyi, Adira Suhaimi telah pun terpalit cerita kurang enak apabila dikatakan menjual pakaian tiruan.

Tidak mahu isu dibiar perbanjangan, Adira tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar.

Menurut Adira, pada mulanya dia sendiri tidak tahu bahawa baju tersebut merupakan jenama tiruan kerana tiada penerangan yang jelas daripada pemilik sebelumnya.

“Sis nak buat sedikit penjelasan atau pencerahan mengenai baju Iron Maiden yang viral tadi tu. Yang orang bilang fake tu. First of all, sis minta maaf terhadap video tu.

“Sebenarnya sis tidak tahu menahu atau kurang pasti yang baju tersebut adalah fake tetapi sis beli baju itu walaupun bukan original adalah dengab niat untuk simpanan sendiri sahaja. Saya tak jual pun baju tu.

“Saya juga dah minta penjelasan daripada penjual dan dia pun dah terangkan. Kami berdamai. Aman sahaja tiada bergaduh.

“Alhamdulillah dia pun dah terangkan bagus-bagus dengan sis dan saya terima baik-baik. Saya harap tiada sesiapa yang kecam penjual baju tersebut,” jelasnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Pujaan Hati itu menerusi sesi Facebook Live miliknya.

Dalam pada itu, Adira turut berharap agar dia diberi ruangan untuk belajar dengan lebih lanjut selok-belok perusahaan bundle.

“Saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang bundle ni. Saya belum lagi lama untuk mengenal barang original dan bukan.

“Saya sedia belajar dan ingin tahu lebih mendalam mengenai baju-baju bundle ini. Saya bukan main-main. Bagi saya peluang dan masa untuk belajar semua perkara ini.

“Biasalah dalam bisnes kadang kala kita ditipu, pembeli tidak serious dan tak dapat barang yang kita nak, itu semua perkara biasa. Sebab itu kita kena bersedia.

“Saya tidak marah atau ambil hati saya cuma harap orang di luar sana faham dan beri saya peluang dan masa. Janganlah salahkan sesiapa dalam kejadian ini.

“Tapi sis nak bagitahu kesemua baju Iron Maiden yang selalu saya tunjuk dalam Facebook Live tu memang original.

“Walaupun kita tahu jenis barang sama ada asli atau tiruan tapi kalau benda nak jadi akan jadi juga. Benda dah jadi kita tak boleh nak elak. Harap saya dimaafkan,” katanya lagi.

Sementara itu, Adira turut menyifatkan banyak cabaran yang harus dilaluinya sepanjang bergelar usahawan pakaian bundle ini.

Antara masalah yang sering dilaluinya adalah apabila terpaksa berhadapan dengan masalah pakaian tiruan dan pembeli yang tidak serius (joy bidder).

“Assalamualaikum sayang sayang ku semua, follow IG adirabundle yaa.

“Tolong la saya ni dah banyak kali kene joy tapi takpe, rezeki dari Allah,” kongsinya lagi.

Sumber: Facebook Live Adira Suhaimi

Published by
Aizam Manaf