“Penting Tarikh Nikah Saya,” – Vida, Iqbal Bakal Naik Pelamin Disember Ini?

Share

Sesi siaran langsung di Instagram (IG Live) oleh pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida pada malam tadi mengundang perhatian wargamaya apabila dia berkongsi tarikh perkahwinannya bersama bekas pembantu perihadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Meski tidak mengumumkan tarikh secara spesifik, namun usahawan yang pernah muncul menerusi single I Am Me itu mencetuskan tanda tanya ramai mengenai kesahihan tarikh perkahwinan tersebut.

Malah Iqbal sendiri ada memberikan respon ketika sesi siaran langsung itu dengan meninggalkan komen ringkas iaitu ‘bulan 12’.

Bagaimanapun, tiada ulasan panjang diberikan Vida mengenai hal berkaitan, cuma dia sempat merakamkan ucapan terima kasih atas doa yang baik-baik daripada semua.

“Banyak yang hubungi ucap tahniah in advance, terima kasih sangat dan Tuhan mendengarlah kita punya doa iaitu kita nak kaya dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah… saya dapati di dunia ini doa itu penting. Ikhlas daripada hati semua yang kongsi ‘saya ada kembar dan saya nak Datuk dapat anak kembar’ walau saya rasa agak mustahil.

“Akan tetapi kalau Allah kata ‘kun’ insyaAllah akan menjadi,” katanya.

Sementara itu rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri turut bersama-sama Vida pada sesi sama dan sempat memberikan nasihat serta pandangannya mengenai bekas pekerja ibu kepada empat cahaya mata itu.

Ogos lalu, keakrabannya dengan Iqbal kembali diperkatakan dan sehingga timbul desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.

Lalu, Iqbal yang kini turut aktif berbisnes ada memberikan penjelasan terperinci mengenai hubungannya dengan Vida.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 100,000 kali di Instagram.

Published by
MH