Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia. Hembus Nafas Terakhir Di Manchester

Share

Penulis blog kontroversi dunia politik, Raja Petra Kamarudin telah disahkan meninggal dunia malam tadi di Manchester, United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

Kematian pemilik nama penuh Raja Petra bin Raja Kamarudin itu disahkan sendiri oleh abangnya, Raja Idris, kepada portal berita Free Malaysia Today (FMT)

“Dengan rasa dukacita saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 Sept di Manchester, UK,” tulisnya dalam teks ringkas kepada portal berita itu.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today yang menerbitkan berita berkaitan isu semasa dan politik Malaysia yang sering menimbulkan kontroversi.

Pernah ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA), Raja Petra telah menetap di Manchester, UK, sejak beberapa tahun lalu.

Sedikit info mengenai beliau, Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK dilahirkan pada 27 September 1950 dan mendapat pendidikan di the Malay College Kuala Kangsar sebelum menghabiskan pengajiannya di Victoria Institution.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen