Penulis novel serta penerbit, Siti Rosmizah Ismail, 51, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disahkan positif Covid-19.
Berita itu dikongsikan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.
“Mohon sahabat-sahabat serta semua yang mengenali Siti Rosmizah sama-sama untuk doakan dia kembali pulih daripada penyakit Covid-19.
“Dia kini berada di ICU dan dalam keadaan kritikal. Mohon doakan dia ya,” tulis penggendali (admin) di ruangan kapsyen.
Ads
Menerusi ruangan komen, beberapa selebriti turut meluahkan simpati serta mengharapkan Rosmizah akan kembali pulih seperti sedia kala.
Satu lagi insiden melibatkan krew konsert berlaku apabila kali ini seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia ketika sedang sibuk mengemas dan membuka kembali pentas konsert penyanyi Psy, Summer Swag 2022 di Stadium Gangneung, Korea Selatan pada Ahad.
Memetik laporan Allkpop, lelaki berusia 20-an berasal dari Mongolia itu terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika sedang mengalihkan lampu di tapak konsert tersebut.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun dia mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.
Pihak polis masih lagi menyiasat punca sebenar kemalangan itu berlaku.
Konsert Psy berlangsung sehari sebelum kejadian itu menimpa mangsa.
Minggu lalu, dua penari yang mengiringi persembahan kumpulan terkenal Hong Kong, Mirror mengalami kecederaan apabila skrin video gergasi (LED) menghempap mereka ketika sedang menjayakan persembahan.
Seorang mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Manakala, seorang lagi yang parah masih lagi dalam keadaan kritikal dan terbaharu, doktor memaklumkan dia mengalami lumpuh kekal walaupun sudah menjalani prosedur pembedahan sebanyak tiga kali selepas insiden terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah melalui fasa penceraian, pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi menitipkan pesanan buat pasangan yang ingin bercerai agar sentiasa bersikap rasional bila membuat keputusan mengenai hak penjagaan anak.
Menurut Aznil, dia dan isteri bercerai secara baik dan masih boleh berbincang bila melibatkan soal anak-anak.
“Bila melihat proses yang dilalui dua pasangan yang pernah bercinta, menjadi suami isteri, tinggal sebumbung dan tidur sebantal tapi akhirnya berlaku percakaran di media sosial dan mahkamah.
“Daripada pengalaman saya yang lalu, saya tak melalui fasa bertekak di mahkamah. Zaman saya tiada media sosial. Kebanyakkannya kita memujuk diri untuk bersabar.
“Tak semestinya pihak lelaki sahaja perlu bersabar, bekas isteri pun sama juga. Kalau tak sabar, memang banyak hal yang boleh dilakukan. Namun, kesabaran ada hadnya,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, isu mengenai perebutan hak penjagaan ini hanya akan memberikan kesan buruk kepada mental anak-anak bila mereka meningkat dewasa.
“Zaman sekarang lebih bahaya. Perkara ini akan terus tersimpan di dalam khazanah bila ia dijadikan bahan berita. Sampai mati berita itu akan ada.
“Ketika ini, anak-anak mungkin masih kecil tapi percayalah bila mereka berusia 16 tahun, ia akan mengganggu hubungan kasih sayang antara ibu dan ayah.
“Pesan saya, kedua-duanya perlukan masa bertenang. Bila berlaku sesuatu perkara, jangan terus nak ambil tindakan seperti membalas dendam atau menemplak bekas pasangan.
“Inilah perkara yang setan suka. Tak habis dengan penceraian, mereka nak pecah belahkan hubungan keluarga pula,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas pengacara program Akademi Fantasia ini turut menasihati pasangan yang ingin bercerai untuk punyai perasaan mengalah demi kebaikkan anak-anak.
“Kalau isteri nak jaga anak, beri sahajalah. Kalau isteri beri hak menjaga anak, jagalah sebaiknya. Ikutlah siapa yang perlu beralah. Ada kalanya kita tak mahu mengalah disebabkan ego.
“Lebih teruk apabila hubungan kita dicampuri oleh orang lain. Itu antara punca dua pihak melenting. Sangat sukar untuk kita memotong ‘nasihat-nasihat’ daripada pihak luar.
“Lebih panjang cerita bila ia turut melibatkan nasihat peguam. Peguam hanya menjalankan tugas untuk memenangkan anak guam.
“Bukankan ini merupakan satu perang yang besar. Jadi, bawa bertenang,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Aznil turut menegaskan kepada para bapa untuk tidak berhenti menjalankan tanggungjawab meskipun berdepan pelbagai dugaan.
“Tanggungjawab suami dan bapa wajib dibuat. Katalah isteri tak bagi jumpa anak, adakah anda harus melepaskan tanggungjawab? Tidak.
“Anda tetap kena jalankan tanggungjawab seperti hantar anak sekolah, sediakan pakaian dan makan minum. Walau tak dapat berjumpa, bawa bertenang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Cat Farish mengulas mengenai keputusan kes perceraiannya bersama bekas isteri, Suriani Hassan, 36, yang berlangsung pada 16 Januari lalu di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan.
Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli, 46, berkata, mereka sah bercerai talak satu selepas diputuskan pihak mahkamah, bukan talak tiga sebagaimana yang didakwa.
“Apa yang boleh saya beritahu, hubungan kami ada beberapa masalah yang peribadi untuk dikongsikan. Cuma itulah, bila cerita itu sudah ‘bertukar tangan’ ia jadi lain. Benar memang kami bercerai tapi talak satu bukan talak tiga.
“Saya pun tidak mahu membuka aib. Sebab sekali lagi saya beritahu, perceraian ini memang bermula daripada lelaki. Lelaki yang akan ceraikan (lafaz cerai).
“Bagi saya setiap pasangan berpisah pasti akan ada masalah dalaman. Cumanya untuk kami, sudah tidak dapat kawal masalah itu. Ada tentang anak-anak dan keluarga jugalah.
“Daripada mulut saya, mungkin perkahwinan yang dibina sebelum ini tidak berapa nak ‘perfect’. Jadi jalan yang paling selamat adalah untuk kami berpisah.
“Kejadian (perceraian) memang pantas, tapi masalah yang timbul itu sudah lama. Cuma bila nak bawa berbincang itu agak sukar mungkin kerana emosi,” katanya kepada MH.
Cat berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Jelajah Suria x Anggun Cotton Collection di Glass House, Seputih, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Ditanya sama ada usaha telah dilakukan untuk berdamai seterusnya menyelamatkan mahligai rumah tangga yang dibina, Cat tidak menafikan ia sesuatu yang sukar.
“Tak berjaya nampaknya sebab awal-awal pun diasudah keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya di Senawang. Saya ‘support’ daripada luar sajalah.
“Saya tak boleh nak berkomunikasi sangat sebab atas nasihat juga. Bila diberi peluang untuk bercakap mesti ada topik yang timbul, sekaligus membuatkan emosi itu lebih ke depan,” katanya lagi.
Terdahulu pada 13 Disember lalu, ahli kumpulan Ruffedge itu didakwa telah melafazkan cerai sebanyak tiga kali terhadap isterinya, Suriani Hassan.
Bagaimanapun, Cat menerusi laporan media menjelaskan dia perlu menunggu keputusan mahkamah bagi mendapatkan kepastian lebih jelas susulan cerai yang dilafazkan.
Untuk rekod, Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020, namun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum ini, Cat pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!