
Selebriti versatil Elly Mazlein akhirnya berkongsi foto anak keduanya, Haider Mateen Mohd Azlan menjelang sambutan tahun baru 2022.
Foto tersebut dimuat naik penyanyi Merry Go Round itu menerusi Instagram yang dikemas kini. Turut tertera ialah foto anak pertamanya, Putri Sara Sefhia ketika masih bayi.
“2 Cinta mama Putri Sara Sefhia & Haider Mateen. Penutup keindahan Tahun 2021. Selamat Datang 2022,” tulisnya.
Bagaimanapun akses ruangan komen ditutup Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, terdahulu sudah berkongsikan wajah penuh anaknya ketika diundang sebagai pengacara jemputan MeleTOP pada 28 Disember lalu.
Elly berkahwin dengan suaminya, Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Mark Adam, Majalah Nona
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Nak Tangguh, Takut Hidayah Tak Datang Lagi,” – Berhijab, ShaSha Abedul Rasa Seperti Dilahirkan Semula

Pelakon, Shasha Abedul merasakan dirinya seperti dilahirkan semula selepas memutuskan untuk berhijab sejak sebulan yang lalu.
Menurut Shasha, perasaan tersebut agak sukar digambarkan dengan kata-kata namun, hatinya kini berasa sangat tenang.
“Saya rasa seperti dilahirkan semula dan macam orang baharu. Ia perasaan yang tidak dapat digambarkan tapi rasanya sangat hebat dan saya suka.
“Saya langsung tak rasa susah. Saya minta sangat agar Allah tidak hilangkan rasa itu,” katanya kepada MH.
Shasha berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana drama terbaharu Projek; Exit yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, dia mengambil sedikit masa untuk mula berhijab bagi mempersiapkan diri dengan ilmu agama.
“Saya ini sejenis yang kalau nak buat sesuatu, saya tak nak hanya ala kadar. Kita kena faham dahulu apa yang ingin kita lakukan.
“Jadi, saya pergi ke kelas agama untuk menambah kefahaman tentang kewajiban menutup aurat. Selain itu, saya juga sertai majlis taklim.
“Saya tak nak buat semata untuk mengharapkan pujian manusia. Saya akhirnya faham, apa yang saya lakukan ketika ini hanyalah mengikut perintah yang maha Esa,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai ‘turning point’ yang membuatkan hatinya terdetik untuk berhijab, ini jawab pelakon berusia 28 tahun itu;
“Perasaan itu datang sendiri dan tiada perkara pelik berlaku. Cuma pada suatu hari, saya bangun tidur dan nak memuat naik gambar di Instagram tapi rasa serba tak kena.
“Saya rasa bersalah nak memuat naik gambar tidak menutup aurat. Kata orang, mungkin hidayah itu sudah sampai.
“Bila hati terdetik nak berhijab, saya tak nak tunggu lama. Saya takut jika perasaan itu tidak akan datang lagi selepas ini,” akhirinya.
Terdahulu, Projek; Exit merupakan sebuah lagi drama terbitan Astro Originals di bawah francais ‘Projek Universe’.
Selain Shasha, drama yang mengangkat isu kesihatan mental ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Nabila Huda, Naim Daniel dan ramai lagi.
Bahagian pertama siri ‘Project; Exit’ yang merangkumi episod satu hingga empat akan mula bersiaran pada 1 November ini secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Manakala bahagian yang merangkumi episod lima dan enam akan bersiaran pada 15 November di platform yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Just Focus Ke Hadapan, I Dah Move On,” – Beli Rumah RM1.5 Juta, Sukses Sajat Lepas 6 Bulan Buat Bisnes Online

Perkongsian usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat yang kini menetap di Australia mencuri perhatian ramai apabila dia mengakui telah berjaya memiliki sebuah rumah di Sydney.
Menurut Sajat unit kediaman yang dikatakan bernilai lebih AUS$500,000 (RM1.5 juta) itu berjaya dibelinya hanya selepas enam bulan memulakan bisnes di sana.
“Alhamduillah… Sajat tak sangka yang Sajat dah beli rumah di Sydney dengan harga $5++k. Sajat happy sangat-sangat dalam masa 6 bulan Sajat mulakan business online di Sydney, struggle about tax, GST dan sebagainya… akhirnya Sajat dah start kumpul asset Sajat di sini. Amin amin amin.
“Thank you so much to my real estate property, broker, my lawyer and accountant Sajat banyak membantu Sajat untuk urusan pembelian rumah Sajat ini. This is a new start of my journey as I’m already running my business in Australia,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Jelasnya lagi, dia kini hanya ingin fokus dengan apa yang dilakukan dan mahu terus maju selain percaya rezeki.
“Jika kita yakin dan focus apa kita buat, sure kita akan maju kehadapan. Setelah apa terjadi pada Sajat tahun lepas, Sajat just focus kehadapan sahaja. I dah move on.
“Rezeki ada di mana mana. Kalau kita yakin dengan perniagaan kita buat, pasti rewards kita akan dapat,” tulisnya lagi.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi reaksi pelbagai. Malah, rakan baik, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat turut mengucapkan tahniah.
Menerusi perkongsian terkini, Sajat turut memuat naik video saat meninjau kediaman contoh terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Obses…,” – Dah 43 Hari Bersama, Shakilla Khoriri Terang Awal-Awal Sebab Asyik Kongsi Foto Bayi

Baru sahaja terima kehadiran orang baru lebih sebulan lalu, pelakon Shakilla Khoriri menjelaskan lambakan foto anaknya, Ameena Sofia di Instagram bukanlah kerana dia obses dengan anak sendiri.
Cuma, naluri seorang ibu sudah semestinya anak menjadi keutamaannya kini. Lebih-lebih dia kini terperap di rumah kerana berpantang.
“Takde bukan obses dengan anak sendiri.
Kang orang kata asyik dok posted gambar anak ja. Tapi tu la kita kan manusia,
apa ja situasi kita ketika ITU dan INI mesti lah kita nak post.
“Sama macam korang,
Kalau rasa baju korang terlalu cantik hari tu, post gambar berkeping2.
Depan belakang kiri kanan. Ohh…malam anugerah tak payah cerita lagi hebat gambar keluar.
“Yang tibe hari tu rasa muka cantik lain macam sebab ada orang make up kan.
Post ! Post ! Post !
“Yang kerja dok post pasal kerja.
Yang tak kerja dok stalk ig orang lepas tu kecam.Tak cukup kecam , aibkan lagi.
Post dekat IG pasal orang lain.
Perli, Sindir.
“Takpa..tak salah pun.
Tu yang aku cakap, Kita manusia.
Apa yang berlaku ketika dan saat itu kita akan post,” tulisnya.
Malah pelakon ini turut mengakui hidupnya kini banyak bersama anak.
“Dah 43 hari view aku budak seketul ni.
Kang balik bapak dia view satu lagi.
2 Ketul je aku menatap selama dekat 2 bulan ni.
“Dakkk….bukan obses dengan anak sendiri. Tak hebat pun anak aku.
Kalau obses bertalu2 post gambar anak sambil caption, comelnya anak aku ! Cantiknya anak aku. Haaa…tu obses tahap orang muntah. Ok sekian,” maklum Shakilla panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Bersetuju dengan pendapat pelakon ini, apa yang kita sayang, itulah yang selalu mahu dikongsikan dengan orang lain.
Foto : Instagram Shakila Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI