Pelakon Rita Rudaini sekali lagi menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan memenangi pingat emas dan memecahkan rekod pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sukan Daerah (MSSD) Sabak Bernam bersama kuartet 4×400 meter Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, pada Khamis.
Airit Rayyan Rizqin bersama Raja Muhammad A’Yyash Raja Mohd Sidqi, Ammar Haziq Azlan Abdul Aziz dan Ilham Muqhriez Nurul Hisyam merekodkan larian terpantas dengan masa tiga minit 58.47 saat.
Kejayaan itu sekali gus meleburkan rekod selama 17 tahun yang mencatatkan masa empat minit 97 saat bagi kategori lelaki acara bawah 15 tahun lelaki.
Serentak dengan itu, luahkan rasa syukur turut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi hantaran terkininya di Instagram.
View this post on Instagram
“Penutup MSSD hari ini, pecahkan rekod lagi, 17 tahun rekod 4x400m. Rayyan, Ammar, Ilham, Amin dan Ayyash. Rekod baru 2024, 3:58.57s. Rekod lama 2007, 4:0097s,” tulisnya.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Rita turut syukur atas rezeki yang diraih anak lelakinya itu.
“Ibu mana yang tak bangga, sedangkan anak dapat bertatih pun dah proud gila. Alhamdulillah rezeki anak yang bernama Airit Rayyan Rizqin,” kongsinya.
Perkongsian berkenaan nyata menerima reaksi positif warganet yang rata-ratanya memuji pencapaian yang dilakar anak kepada pelakon drama Racun Rihanna itu.
Terdahulu, Airit Rayyan turut meraih perhatian ramai apabila mengungguli acara pecut 100 dan 200 m lelaki bawah 15 tahun pada kejohanan sama.
Dalam pada itu, anak keduanya pula memenangi pingat emas dan perak masing-masing menerusi dua acara berbeza.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI