Seorang penyampai berita, Mary Beth McDade menjerit ketakutan selepas seekor lipas terbang dan hinggap di dadanya, ketika dia sedang bersiaran secara langsung untuk KLTLA di Los Angeles.
Mary Beth menjerit setelah lipas itu kemudiannya mula merangkak naik ke dadanya dan cuba hinggap di rantainya.
Dia dengan sedaya upaya menghalau lipas tersebut dengan mikrofon dan skrip ditangannya.
Kemudian, datang seorang kru televisyen cuba membantu namun disebabkan lipas itu hinggap di dada Mary Beth maka mereka agak keberatan.
Mereka juga ketawa melihat gelagat Mary Beth yang ketakutan.
Selepas lipas itu berjaya dibuang, Mary Beth menyambung semula siaran langsung berkenaan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh rakan sekerjanya Marcus Wilson-Smith laman Twitter dan dijadikan sebagai bahan lawak oleh rakan sekerjanya yang lain.
Tidak kurang juga ada yang berkata Mary Beth seorang wanita yang berani dan juga ada komen mengusik penyambai berita tersebut.
“ She handled that so well. If it had been me, the station could have gotten a live shot of me running for my life.
“You’re a true pro MB there was no hint of this when you were on shortly after.Thank goodness it didn’t happen when you were LIVE on air!! ”
“Lol we all are laughing MB . But you seem fine.”
Disebabkan itu, tugas menjadi seorang penyampai berita adalah bukan suatu tugasan yang agak mudah kan?
Ahhhhh: Flying cockroach jumps on @mcdade_mb before her live shot on the @KTLA 5 News at 10p! #RoachBomb pic.twitter.com/ZjbC8NDMuv
— Marcus Wilson-Smith (@MarcusSmithKTLA) August 3, 2017
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Boleh Kawal, Jangan Keluar,” – Didik Anak Jaga Kelakuan Di Public, Michael Ang Tegur Sikap Penjaga
Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang ibu meluahkan rasa berang terhadap orang di sekelilingnya ketika anaknya meragam sewaktu makan di sebuah restoran.
Wanita berkenaan akui kurang senang dengan reaksi yang ditunjukkan oleh orang-orang berhampiran ketika anaknya itu menangis.
Video berkenaan nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada ramai pihak.
Antara yang turut memberikan pandangan berhubung isu tersebut termasuklah pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Jelas Michael, wanita berkenaan tidak seharusnya menyalahkan orang lain sekiranya mereka berasa kurang selesa, sebaliknya, para ibu bapa sepatutnya mengajar anak-anak untuk menjaga kelakuan ketika di tempat awam.
“Kepada ‘Makcik Joyah’ tu, kau reti ke tidak jaga anak? Kalau anak kau dah berlari berkeliaran dekat restoran tu macam monyet terkena belacan atau terpekik terlolong, mestilah orang pandang.
“Mesti orang nak tengok siapa yang menjerit. Orang jeling, kau nak suruh dia balik makan dekat rumah pula.
“Sepatutnya, sebagai ibu bapa, kau kena ajar mereka. Kalau tak boleh kawal anak tu, awak yang sepatutnya jangan keluar. Duduk je makan dekat rumah,” katanya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh Michael menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Malah, Michael turut menegur sikap segelintir ibu bapa yang dikatakan lepas tangan sewaktu membawa anak-anak menonton wayang dan ke pusat membeli belah.
“Lagi satu, kepada para ibu bapa yang tengok wayang tengah malam pun bawa anak kecil masuk panggung, bila anak-anak kau menangis dekat panggung, tak ke itu mengganggu? Takkan sebab itu pun kau nak suruh aku balik tengok dekat tv.
“Kemudian, yang bawa anak ke pusat membeli belah pula, boleh biarkan anak mereka berlari satu shopping mall. Itu pun aku tak faham.
“Saya ada pengalaman di restoran, dia biarkan anak dia memekik, menangis dan berlari-lari. Lepas tu langgar orang. Tapi parents sibu buat live di Instagram,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Michael turut meminta wanita berkenaan supaya melihat sikap diri sendiri sebelum menilai orang lain.
“Guna-gunalah otak tu. Sedap-sedap je nak maki orang. Kau tu tak pandang diri dekat cermin. Reti ke tidak jaga anak? Tak rasa ke tindakan anak tu menggangu orang?,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menyifatkan didikkan ibu bapa sewaktu di rumah sememangnya amat penting.
“Dia elok take away sahaja. Tak payah dine in kalau anak tak behave dalam restoran atau tempat awam.
“Bab midnight movie tu saya setuju sangat. Anak-anak kecil atau babies, tak perlu kot gigih nak bawa masuk panggung.
“Setuju. Mak asyik membawang. Mana anak tak menangis. Setakat ini, anak saya tak pernah pula macam tu. Ini bergantung kepada ajaran masing-masing.
“Perkara-perkara ni mak-mak yang kena pandai handle. Kalau biarkan sahaja anak buat sesuka hati menjerit-jerit atau berlari, memang orang akan pandang. Tak tegur memang anak naik lemak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan Michael itu telah pun meraih hampir 50,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Buat Keputusan Kahwin Selepas 6 Bulan…,” – Intan Liana Saleh Bergelar Isteri, Beza Usia 11 Tahun Bukan Penghalang
Usahawan selebriti, Intan Liana Saleh,36, selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Aizam Yahya,25, pada Selasa dengan sekali lafaz.
Majlis perkahwinan telah dilangsungkan sederhana tetapi meriah di sebuah premis acara di Jalan Ampang, kira-kira jam 9.00 malam.
Menurut Intan, Aizam seorang penjawat awam dan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya.
“Sejujurnya kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas enam bulan berkenalan. Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini.
“Alhamdulillah, hubungan berjalan dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius. Syukur majlis raja sehari kami dipermudahkan,” katanya.
Intan menjelaskan, sudah menjadi pendiriannya mahu mencari pasangan yang dapat menerima dia dan anak-anak.
“Sepanjang mengenali Aizam, saya melihat suami sebagai lelaki yang berbeza daripada yang lain. Maksudnya, daripada segi layanan Aizam terhadap anak-anak saya selain dia seorang penyabar.
“Malah, dia juga seorang yang pemaaf dan cukup mengambil berat,” katanya.
Meski usia mereka berbeza 11 tahun, Intan menyifatkan suami sebagai lelaki yang matang.
“Bagi saya usia bukan penghalang sama ada muda atau sebaliknya. Jika lelaki itu berusia sekalipun, ia belum menjamin kematangan dalam perhubungan.
“Yang penting masing-masing tahu tangunggjawab selepas bergelar bergelar suami isteri. Doakan yang baik-baik buat kami insya-Allah,” katanya.
Intan pada masa sama turut mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.
“Apa yang saya doakan, semoga hubungan ini akan berjalan dengan aman damai dan diredai Allah SWT,” katanya yang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata awal.
Terdahulu, Intan Liana ialah bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude sebelum ini turut dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4 tahun.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Satu Pun Momen Yang Tak Manis, Yang Pelik Dia Belum Tujuk,” – Sabri Yunus
Pelakon, Angeline Tan mahu memanfaatkan pengalaman masa lalu untuk membina keluarga bahagia bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon terkenal, Sabri Yunus.
Menurut Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline, dia juga sangat bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang amat menyayangi dan memahaminya.
“Kami tidak pernah merancang apa-apa mengenai perkahwinan ini tapi kami percaya yang kami akan membina keluarga ini lebih baik daripada dahulu.
“Kami akan memanfaatkan segala pengalaman yang kita miliki. Kini kami dikurniakan pasangan yang sangat menyayangi, memahami dan baik.
“Kami juga percaya dengan doa-doa daripada kalian serta sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan peminat.
“Kami juga banyak berdoa untuk diri sendiri dengan harapan kami tenang dan bahagia selamanya,” katanya kepada MH.
Angeline dan Sabri ditemui ketika majlis resepsi ketiga mereka yang berlangsung di Rose Hall, Glo Mall Damansara, Selangor pada Ahad.
Dalam pada itu, Sabri turut mendedahkan dirinya tidak pernah terfikir bahawa perkahwinannya ini bakal mendapat perhatian yang luar biasa.
“Saya mendoakan perkahwinan kami akan jadi semahal baju ini. Kami juga tidak menyangka orang ramai akan meraikan kami semeriah ini.
“Saya tak pernah merancang cuma kami pernah bergurau. Saya kata kepada Angeline, ‘Percayalah bila kita kahwin nanti, orang akan doakan kita’. Ternyata benar,” kongsinya.
Ditanya mengenai momen paling indah bersama Angeline selepas berumah tangga, pelakon drama Pok Ya Cong Codei itu mendedahkan isterinya itu tidak pernah berubah sejak mereka mula berkenalan hampir tiga dekad yang lalu.
“Secara mudahnya saya menjawab, tiada satu pun momen yang tak manis selepas mendirikan rumah tangga. Sentiasa manis. Persahabatan selama tiga puluh tahun itu juga manis.
“Bila masuk fasa bercinta, kemanisan itu bertambah. Bila berkahwin, ia kunci kemanisan sebenar. Yang pelik pula, belum lagi ditonjolkan.
“Seperti mana yang kami kenal, itulah yang dia tunjukkan selepas berkahwin. Bagaimana sifatnya dahulu, itulah juga dia sekarang,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Sabri akui menyesal kerana menunggu masa yang agak lama untuk memperisterikan Angeline.
“Kalau pernah terfikir, dah lama saya berkawin dengan dia. Saya takkan biarkan masa menduda berlalu 16 tahun. Memang ada rasa sikit menyesal kerana mengambil waktu yang agak lama.
“Namun, bila difikirkan balik, ada hikmahnya. Kalau kami berkahwin lebih awal, mungkin lain ceritanya,” akhirinya.
Pada 14 Oktober lalu, pasangan itu selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sekadar info, Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, 32, Syamimi, 30, dan Syazni, 28.
Sementara itu, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI