Pendatang baharu industri seni suara tempatan, Aidil Maula menyatakan rasa syukur apabila menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibdah haji pada usia 28 tahun.
Menurut Aidil, perancangan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dua tahun lalu tertangguh susulan pandemik.
“Asalnya saya dijemput datang ke sini (Mekah) dua tahun sudah iaitu 2020. Tetapi ditangguhkan akibat Covid-19.
“Alhamdulillah hari ini sudah masuk minggu ketiga saya berada di sini dalam menunaikan ibadah haji.
“Hanya berasaskan muassasah, sedikit sebanyak saya dapat menikmati kepayahan dan kesungguhan dalam mengerjakan haji secara konservatif,” katanya.
Penyanyi lagu Pedih berkongsi perasannya sewaktu sedang berada di Mina sementara menunggu saat untuk menyelesaikan rukun haji, melotar batu di jamrah.
Dia pada masa sama berdoa, seterusnya mengharap agar beroleh haji mabrur sepanjang memberi tumpuan menunaikan setiap rukun di sana.
Selain Aidil, antara selebriti lain yang kini berada di tanah suci ialah Nelydia Senrose, Datin Seri Heliza Helmi, Rita Sosilawati dan Yana Samsudin di samping suaminya, Fadzil Zahari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/v6EO1hetoCo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Juara AJL, Dayang Nurfaizah Kenang Jasa Allahyarham Rudy Imran – “Bagai Hilang Kata-Kata Kerana Semuanya Berlaku Sangat Cepat.”
Penyanyi, Dayang Nurfaizah hilang kata-kata setelah menerima khabar berita pemergian penulis lirik dan bekas wartawan hiburan, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin atau Iman Imran, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Pintu Syurga Ini turut imbau kenangan ketika pernah berkerjasama dengan arwah, sebelum ini.
Akui Dayang, Allahyarham antara individu banyak berjasa sepanjang penglibatannya dalam karier seninya.
“Dayang kehilangan seorang lagi insan yang besar jasanya dalam perjalanan seni Dayang.
“Rudy Imran yang biasa Dayang panggil Abang Rudy antara orang yang melihat Dayang ‘membesar’ di dalam bidang muzik.
“Bermula dari hubungan antara wartawan dan artis hinggalah Abang Rudy menulis lirik untuk lagu-lagu Dayang.
“Terlalu banyak kebaikan Abang Rudy, orang sekeliling sentiasa menyenangi.
“Dayang bagai hilang kata-kata kerana semuanya berlaku sangat cepat. Akan Dayang kenang setiap kenangan indah sepanjang kerjasama kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Sarawak ini mengakui turut berasa terkilan apabila tidak berkesempatan merakamkan sebuah lagu ciptaan terbaharu karya Allahyarham.
“Dayang berasa sedikit ralat kerana tak sempat rakamkan lagu yang Abang Rudy tuliskan liriknya.
“Andai dapat diulang masa, Dayang nak rakamkan lebih awal agar Abang Rudy dapat mendengarnya. Namun mungkin inilah buah tangan terakhir Abang Rudy buat Dayang sebagai memori di hari mendatang.
“Semoga roh Abang Rudy ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah. Semoga kita bersua ‘Di Pintu Syurga’ Al-Fatihah. @iman_imran75,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, lirik lagu Di Pintu Syurga nyanyian Dayang adalah hasil nukilan Allahyarham dan telah dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-31, pada tahun 2017.
Media melaporkan, Rudy yang menghidap penyakit kanser usus telah disahkan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor, pada pagi Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Takda Maid Dan Tidak Duduk Sekali Dengan Mak Atau Mertua, Maka…” – Dr Say
Bayi pertama, satu keadaan yang janggal dan sukar untuk sesuaikan diri. Segalanya harus dilakukan secara ‘try and error’.
Tiada betul atau salah, namun menurut doktor popular, Dr Say Shazril, sebagai seorang suami, dia harus mengambil tanggungjawab bagi meringankan beban isteri.
Meski kedua-duanya bergelar doktor perubatan, namun menjaga seorang bayi kecil adalah satu tugas yang cukup berbeza dan mencabar.
Seperti biasa, perkongsian tersebut dimaklumkan mengenai entrinya di Instagram.
“Topik : Parenting Dan Perubatan Berbeza Gila
“Mungkin rmi yg berfikiran “alaa korg sure senang jaga baby sb korg berdua kan doktor”. Well peeps, kami xdiajar langsung on how to handle a baby masa kami belajar medic dlu.
“Yg kami diajar, perkembangan, imunisasi, ape yg perlu dilakukan kalau baby kuning/ demam/ sawan & benda2 perubatan berkaitan baby. Xde dlm text book kami mengenai cmne nk bagi baby snang tidur/ cmne nk atasi baby perut kembung/ cmne nk kekal tenang bile baby meragam.
“Maka semua perkara berkaitan baby ni agak asing bagi kami.
“Kadang2 sy lihat bini sy breakdown bile baby meragam, yelah dh la bini sakit kena operate pastu ni baby pertama kami so agak clueless on what to do. Tak hairan wujud disorder bernama Postpartum Depression.
“Kami xdak maid & xduduk skali ngn mak/ mak mertua, maka time ni lah suami memainkan peranan penting. Bukan nk angkat bakul, tp sy cuba ringankan beban bini kt mane yg patut.
“Bile bini tgh menyusu, sy sediakan segelas air/ susu tuk dia. Bila bini nk pam susu, sy sediakan alat2 pam & cuci afterwards. Bila baby meragam sy tapau kendong bwk dia jnjln supaya bini bley rest.
“Tp sy xlah perfect mana sb lately tido mlm sy cukup 7jam, sy ingat baby skng bagus xbangun mlm dh, rupa2ny bini saja xmau kejutkn sy yg tidoq mati.”
Tegasnya lagi, walaupun pasangan suami isteri telah mempunyai ramai anak, namun setiap bayi dilahirkan berbeza sifat dan perangai. Apa yang pasti, hargai setiap detik kerana masa berlalu dengan pantas.
“Kesimpulan cerpen ni, parenting takes two to tango & noone in the world is perfect in handling babies walaupun parents tu dh ade 10 anak cz each baby behave differently. Maka sekiranya parents kt luar sane yg anxious & overwhelmed dgn kehadiran baby baru, it’s OKAY.
“Yg penting keep ur calm & work together with ur partner cz tanpa disedari si kecil akan membesar dgn pesat sehinggakan kite rindu waktu dia masih bergelar si kecil.
“P.S : Bakal tido luaq sy mlm ni kalau bini tau sy up gmba dia tidoq, tp gmba depa berdua tidoq kt sy ni bg sy kepuasan yg tidak ternilai harganya,” tulisnya berkongsi tips.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Memang sukar mencari rentak terbaik dalam penjagaan khas bayi, namun kesabaran adalah kunci utama untuk berjaya.
Foto : Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“OMG Finally!,” – Duduk Atas Pelamin, Tangan Cantik Terlukis Inai, Peminat Speku Hari Bahagia Mimi Lana & Syafiq Kyle?
Satu perkongsian foto dari pelakon, Mimi Lana mencuri perhatian wargamaya hari ini.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin dilihat mengenakan persalinan hitam lengkap tangan yang cantik dilukis inai.
“Life is short, make every mehndi count! Have a wonderful weekend everyone,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meski tidak memperincikan mengenai majlis siapa yang berlangsung, namun rakan artis serta peminat memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan.
Masing-masing memberikan ucapan tahiah dan mendoakan yang terbaik buatnya bersama teman, pelakon Syafiq Kyle.
“Yeay finally. Alhamdulillah congrats Mimi,” tulis seorang peminat.
“No no no jangan cakap dah nak kahwin,” kongsi peminat lainnya pada ruangan komen.
“OMG finally! Semoga semuanya dipermudahkan love,” ucap seorang peminat.
“Tahniah Mimi & Capik,” ucap peminat lain.
“Seriuslah, betul ke Mimi bakal berkahwin?,” tanya peminat.
Sehingga kini, foto yang baru sahaja dimuat naik itu sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI