Tahniah diucapkan buat anak sulung pelakon dan penyanyi dangdut terkenal, Amelina iaitu Puteri Nur ‘Athirah, 22, yang berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Kemahiran (Diploma In Professional Cookery) dari VTCA Vocational Training Centre.
Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 48, meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu menerusi perkongsian yang dikemas kini menerusi Instagram.
Puteri Nur ‘Athirah ialah anak dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood di samping 5 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.
“Congratulations on your graduation day. You did it girl. Dalam setiap chapter hidupmu Allah akan mempermudahkan urusanmu. Mommy always menyertakan doa untukmu. Dont worry, walau pun you selalu sakat i dan buat mommy geram!
“Ingat…kakak kena jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sayangi keluarga, orang yang pernah berbudi dengan kita dan orang yang sentiasa berada di saat kita susah, di saat kita jatuh, di saat kita tiada apa-apa.”
“Jadikan setiap kesengsaraan itu kepada nikmat Allah yang Allah dah janjikan pada hambanya yang berserah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Penyanyi lagu Rindu dan Asyik ini juga turut berkongsi video indah pada majlis graduasi.
Ramai yang mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih berjaya menamatkan diploma serta mendoakan yang baik-baik buatnya seisi keluarga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini