Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Kristal, Ewal, 29, yang telah pun selamat bertunang dengan pasangan, Nur Syuhada Baharuddin, yang juga adik kepada pemain gitarnya, Rody.
Menurut Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz Ismail, dia dan Syuhada atau Adda tidak mahu menunggu lama sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Insya-Allah, kami rancang untuk berkahwin pada November atau Disember tahun ini. Tak nak tunggu lama-lama. Apa pun ia bergantung kepada situasi semasa memandangkan kita masih dalam pandemik Covid-19,” katanya.
Memetik Harian Metro, Ewal menjelaskan, jika majlis perkahwinan masih tidak dibenarkan berlangsung pada waktu itu, dia akan selesaikan perkara yang wajib terlebih dulu iaitu akad nikah.
“Paling penting adalah akad nikah. Kalau majlis perkahwinan tak diizinkan pada ketika itu, mungkin kami akan adakan majlis kecil untuk keluarga saja.
“Setakat ini, ada beberapa syarikat perancang perkahwinan yang kami sudah hubungi. Rata-ratanya memaklumkan slot untuk bulan Disember sudah penuh,” katanya.
Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Adda di Balakong, Selangor, semalam itu dihadiri kurang 10 tetamu terdiri daripada wakil kedua-dua belah keluarga.
Ewal yang juga anak kepada bekas penyanyi Wings, Mel mula bercinta dengan Adda sejak empat bulan lalu sebelum membuat keputusan untuk bertunang.
Sementara itu pasangan sama cantik sama padan ini turut berkongsi momen indah mereka menerusi akaun Instagram masing-masing.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI