Bagi penggemar siri anime, nama Sayuri pasti tidak asing lagi sebagai penyanyi yang banyak menyanyikan lagu tema untuk karya genre tersebut.
Biarpun mengecap populariti, tidak banyak hal tentang dirnya diketahui ramai dek pendekatannya untuk tidak berkongsi perihal peribadi kepada umum.
Dalam khabar terbaharu, penyanyi lagu berkonsep J-Pop dan rock ini dilaporkan meninggal dunia pada 20 September lalu dalam satu hantaran di laman X oleh suaminya, Amaarashi.
“Kepada semua yang sentiasa menyokong Sayuri, kami dengan penuh hormat ingin memaklumkan bahawa Sayuri telah meninggal dunia pada 20 September ketika berumur 28 tahun.
“Upacara pengebumian telah diadakan secara tertutup hanya bersama keluarga terdekat, mengikut kehendak keluarga.
“Kami ingin mengucapkan penghargaan yang mendalam atas kebaikan yang telah diberikan kepada Sayuri semasa hayatnya, dan kami berdoa agar rohnya tenang dengan sepenuh hati,” kongsinya.
Ads
Selain itu, Amaarashi turut berharap agar pihak media dan juga para peminat menghormati keluarga pada saat mereka kehilangan orang tersayang.
“Kepada pihak media, kami dengan hormat meminta pertimbangan anda untuk menghormati kesedihan mendalam keluarga dan saudara-mara. Kami memohon agar tidak membuat sebarang temuduga atau pertanyaan lanjut.
“Tambahan pula, memandangkan Sayuri bekerja sebagai freelancer semasa hayatnya, kami telah menerima surat peminat dan lain-lain di pejabat syarikat produksi.
“Namun, kami dengan penuh hormat meminta agar tidak mengirimkan ucapan takziah seperti surat atau panggilan telefon buat masa ini,” tambahnya lagi.
Ads
Sebelum kematiannya, pada Julai yang lalu, Sayuri berkongsi kepada umum bahawa dia akan berehat seketika dek simptom functional dysphonia yang memperngaruhi kualiti vokalnya.
Imbas kembali, Sayuri memulakan langkah dalam bidang nyanyian dan juga gubahan lagu sejak berusia 17 tahun lagi. Antara lagunya yang popular seperti ‘Hana no To’ (Tower of Flower) untuk siri anime ‘Lycoris Recoil’ (2022) dan ‘Sore wa Chiisa na Hikari no yō na’ (That Was Like a Small Light) untuk filem ERASED (2016).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Diana Danielle didakwa telah memfailkan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil awal bulan lalu.
Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin, lapor mStar.
Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac depan.
Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Rehat jap… Penat kena buli….huhu. Cu (see you) at some fine day…kikiki,” tulisnya ringkas menerusi foto ‘background’ hitam yang dimuat naik.
Terdahulu menantunya, Syamsul di dalam hantaran video pengakuan perkahwinannya pada Jumaat lalumenyebut Kazar atau nama sebenarnya, Kazaruddin Saisi, 64, menjadi wali pernikahan anaknya di Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya semalam.
Berita gembira itu disampaikan penyanyi berkenaan menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya. Ronnie memaklumkan, bayi lelaki comel itu telah selamat dilahirkan isteri tercinta kira-kira jam 2.00 petang semalam.
“Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar!! Alhamdullillah syukur kepada Allah… isteri saya @fizayahya81 telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak ke 2 kami petang tadi… terima kasih kepada semua yg telah mendoakan…,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan itu, Instagram Ronnie turut dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan selebriti.
Terdahulu, Ronnie dan pasangannya, Hafizah Yahya sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Raisya Umairah, 3 tahun. Malah difahamkan, mereka turut mengambil seorang anak angkat perempuan.
Foto: Instagram Ronnie Hussein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!