Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Desy Ratnasari kini menarik nafas lega apabila dia telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) daripada Universitas Atma Jaya, Jakarta.

Sehubungan dengan kejayaannya dalam dunia akademik, ini sekaligus menyaksikan dia kini membawa galaran doktor falsafah sebagai Dr Desy Ratnasari.

Popular dengan lagu Tenda Biru, selebriti berusia 50 tahun ini berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ilmu Psikologi dengan memilih isu yang dekat dengan dirinya yang kini aktif dalam dunia politik.

Kajianya yang bertajuk ‘Kajian Self-Efficacy, Intensi, Persepsi Kesetaraan Gender dan Motivasi Sosial Perempuan Politisi Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia Periode Tahun 2019-2024’ disifatkan sebagai satu pemahaman terhadap kesaksamaan gender dalam kalangan anggota pewakilan.

Momen menamatkan pengajiannya diabadikan dalam satu hantaran di Instagram yang menyaksikan dia sedang melakukan sesi pembentangan terbuka di hadapan ahli akademik penilai dan tetamu.

Mengakui yang dia berasa sedikit berdebar, namun segalanya berjalan lancar dan akhirnya pada penghujung sesi dia telah diberikan sijil yang menandakan penerimaan gelaran sebagai doktor falsafah.

“Alhamdulilah, selesai sudah sidang terbukanya. Tadi sudah diberi gelar sebagai seorang doktor psikologi. MasyaAlla Allah permudahkan, Alhamdulillah,” ujarnya usai pembentangan sekaligus turut berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong perjalanan akademiknya.

BACA JUGA: “Satu Tanggungjawab Yang Sangat Besar,” – Diddy AF4 Kini Bergelar Timbalan Dekan SCIMPA Universiti Utara Malaysia

Kini, setelah selesai sesi pembentangan, pelakon watak Ummi Safiyah dalam filem Buya Hamka ini hanya menantikan hari untuk majlis konvokesyen rasmi yang akan berlangsung kelak.

Imbas kembali, ibu kepada seorang cahaya mata ini memulakan kerjayanya dalam dunia seni pada tahun 1988 ketika berusia 15 tahun apabila dia memenangi tempat kedua dalam pertandingan Gadis Sampul.

Selepas itu rezekinya melimpah ruah apabila dia menjadi antara selebriti papan atas sebagai pelakon dan juga penyanyi dengan beberapa lagu hits.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI